Wednesday 28 March 2018

6 TEKNIK POTTY/TOILET TRAINING YANG MENARIK| LIFEBUDAK



Assalamualaikum.wbt


Kembali bersiaran.



Bila anak dah masuk dalam 2 tahun, mak-mak macam chemun ni akan sibuk la nak train anak #offdiapers
Ataupun POTTY TRAINING
Lagi-lagi bila anak dah tak selesa pakai pampers.


Ada juga yang lebih awal dalam 1 tahun setengah.

Anak-anak yang dah petah bercakap mungkin lagi mudah kita train die offdiapers.

Ini ada sedikit ilmu chemun nak share, mane tau boleh membantu ibu-ibu di luar sana yang nak train anak ke toilet.
Ada 6 tips menarik yang membantu dalam PROSES POTTY TRAINING.
Feel free to SHARE.
A reminder for me yang nak tengah nak train anak yang 2nd offdiapers.


1. MIND SETTING


Dalam proses nak potty training atau offdiapers ni,  mind setting ni sangat diperlukan.


Mind setting dan kerjasama dari seluruh ahli keluarga dan anak yang kita nak train. 


Kita mesti set minda ANAK supaya bila nak kencing dan berak lakukan di tandas. Selalu ingatkan. Ulang dan ulang sebelum kita betul-betul lakukan. 


Bagi AHLI KELUARGA yang lain,  minta kerjasama supaya alert dengan perubahan ANAK. Sama-sama pesan pada SI ANAK. 


Bila hari yang kita tetapkan,  Kita bersedia sebarang kemungkinan dan menerima dengan lapang dada, mungkin ada masa terbabas di ruang tamu atau tempat selain toilet.



2. SEDIAKAN TEMPAT YANG SELESA DAN KENALKAN FUNGSI TANDAS


Sediakan keadaan yang selesa untuk anak BERAK atau KENCING.


Jika anak tidak selesa atau seimbang semasa menggunakan lubang toilet bowl dewasa , sebaiknya sediakan potty kanak-kanak atau letakkan alas tempat lubang yang sesuai dengan saiz punggung ANAK.

Jika toilet itu terlalu tinggi, boleh sediakan stool rendah untuk anak pijak agar lebih selesa semasa meneran dan dapat duduk dengan stabil di toilet bowl itu.

Dalam masa yang sama, kita terangkan fungsi toilet.

Mana lubang untuk BERAK, Mana tempat FLUSH selepas selesai buang HAJAT



3. KENALKAN PERKATAAN KENCING DAN BERAK

Kita sebagai ibubapa hendaklah memperkenalkan perkataan yang sesuai.

BERAK bila keluar taik dari lubang dubur. 

KENCING bila keluar air dari kemaluan depan.

Terangkan dengan sebaiknya. Pastikan anak faham dan tidak keliru.



4. TUKAR KEPADA SELUAR DALAM

Dalam proses nak off diapers ini, pastikan kita sediakan seluar dalam yang secukupnya.

Sekarang macam-macam design terdapat di pasaran. Jika anak yang telah biasa dengan lampin kain, mungkin lebih mudah. 

Sebab ANAK cepat tidak selesa bila seluar mereka basah.

Ada juga yang mulakan dengan seluar dalam yang berpelapik. Terpulang pada kemampuan masing-masing.

Lagi menarik, kita belikan seluar dalam yang bercorak-corak untuk mereka.

Yang penting kita kena tukar diapers kepada seluar.


5. SET MASA

Pastikan kita lakukan pada masa yang tetap.

Contoh 1 minggu, berturut-turut. 

Mulakan pada waktu siang,
bagi ibubapa yang bekerja, mungkin boleh bercuti atau minta bantuan dari pengasuh bagi menyediakan ANAK kita off diapers.

Jangan potty training waktu nak pergi bercuti ya? Takut jadi kenangan pahit plak nant.

Kemudian mula dengan 10-15 minit, kita bawa mereka ke tandas.
Jika mereka dan yakin, boleh panjang kan masa sehingga 30 minit ke sejam dan akhirnya sehingga anak mampu memberitahu setiap kali ingin ke tandas.

Dalam proses ini, kita kena sabar dan yakin pada ANAK. Latih mereka dengan penuh kasih sayang.

InsyAllah ANAK akan lebih memahami dan ikut dengan cepat.


6. BERI REWARD

Bila dah siap tugasan,
ANAK dah berjaya POTTY TRAINING, jangan lupa bagi penghargaan kepada dia.

Pengalaman yang terindah buat mereka,
Ucap tahniahTAHNIAH ABANG dah menyelesaikan misi kita!
Abang dah besar! Tak mau diapers lagi. Diapers untuk baby kecil
Beri hadiah,
Atau bawa jalan-jalan,
Makan mungkin.

Alhamdulillah tamat sudah mission kita.
Selamat mencuba!


CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💕

Your life is starting when u has been call as BUDAK.


Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor



Tuesday 20 March 2018

YOUTH permulaan yg baik|LIFEBUDAK





Assalamualaikum.wbt.
Hari ini chemun nak buat pengenalan tentang skincare superb BEST.
YOUTH SKINCARE terdiri 6 item yang sangattt best.

1.LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
2.PERFECTING SKIN TONER
3.YOUTH ACTIVATING SERUM
4.AGE DEFENSE MOISTURIZER-SPF 50
5.ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM-LIGHT
6.RADIANCE C+E

1.LUMINOUS GEL OIL CLEANSER (125ml)
Product paling laku keras. High demand wehhh.
Antara kelebihan Cleanser Youth :
✅ 3 in 1 , tak mengandungi sabun
✅ PH seimbang
✅ gabungan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol sertas algae extract
✅ memperhaluskan kulit

BAHAN UTAMA dalam Cleanser Youth :
Vital repair + muscadine grape extract + exfoliating green algae complex


2.PERFECTING SKIN TONER

*SIAPA PERLU PAKAI TONER YOUTH?*
✅Kulit kusam menandakan sel kulit mati masih berleluasa
✅Kulit kering tak bermaya
✅Kulit yang cepat berminyak
✅Kulit berpori besar dan berlubang parut.
✅Banyak whitehead dan blackhead
✅Bila pakai foundation, nampak putih atas hidung. Tu tanda pori besar.

*KELEBIHAN TONER YOUTH*
❤Menutup liang pori
❤Menyegarkan kulit
❤Membersih sel kulit mati
❤Mengantikan sel-sel kulit muka yang dah mati kepada sel kulit yang baru dan Sihat.
❤Menghidratkan dan menyuburkan untuk mencerahkan kulit
❤Membekalkan nutrisi pada kulit

*BAHAN-BAHAN TONER YOUTH*

Powered by Vital Repair+®,
- Multi paten
- Memberi nutrien dan vitamin perlu
- Menghalang kerosakan kulit dari radikal bebas
- Membantu sel bertumbuh lebih baik dan sihat
Ekstrak Anggur Muscadine
- Mengandungi polifenol untuk melindungi dan membaiki DNA sambil menghalang kolagen dan elastin daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Rejuvenating Green Algae Complex.
- Melegakan, regenerasi dan memberi oksigen kepada sel kulit.
.
.
Ada orang dia cuba toner saja, dia rasa kulit muka dia dah tak berminyak. Power kannn.


3. *YOUTH ACTIVATING SERUM*

*SIAPA PERLUKAN SERUM?*
✅Kulit kusam
✅Mula timbul jeragat dibawah kulit
✅Yang selalu mekap dan guna foundation
✅Usia 30 tahun ke atas
✅Terdedah sinar uv dan pencemaran habuk, asap kenderaan dan lain lain.

*KENAPA KENA GUNA SERUM?*

Umumnya sel-sel kulit mampu melakukan regenerasinya sendiri. Namun, seiring dengan pertambahan usia, prosesnya jadi lambat. Untuk mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab berseri, anda perlu memakai serum wajah secara rutin.

*KELEBIHAN SERUM YOUTH*

Mengandungi 10x ganda kepekatan Youth Complex yang sedang dipatenkan dan vitamin A retinol berkapsul yang bertindak bersama-sama untuk mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat.
Diperbuat daripada bahan semulajadi botanikal aktif seperti berikut:
*1. Anggur muscadine*
Mengandungi polifenol untuk melindungi dan membaiki DNA sambil menghalang kolagen dan elastin daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
*2. Laminara (alga hijau)*
Melegakan, regenerasi dan memberi oksigen kepada sel kulit.
*3. Apple cell stem*
Memanjangkan hayat sel kulit dan merangsang sel stem epidermis untuk menghasilkan lebih banyak sel baru.
*4. Lotus japonicus*
Mengaktifkan youth protein untuk menjana semula sel bagi menghasilkan lebih banyak kolagen, elastin dan fibrilin.
*5. Schizandra Chinensis*

Menyokong pembinaan semula persimpangan dermal-epidermal, menyokong struktur kulit muda.

*Kenapa Shaklee menggunakan sel stem apple?*
 epal ini pun adalah epal swiss yang terbukti secara klinikal dalam bab anti penuaan.
Kajian menunjukkan bahawa sel stem epal:
菉Meningkatkan pengeluaran sel stem manusia
菉Melindungi sel dari tekanan
菉Mengurangkan kedut.


4. AGE DEFENSE MOISTURISER-SPF 50

*SIAPA PERLUKAN MOISTURIZER?*
 Kulit kering kusam
Terdedah cahaya matahari
Yang tak guna skin care full, gunalah mosturizer saja. Supaya kulit tak terlalu perit dgn UVA dan UVB.
 utk muka yg sudah ada tompok hitam jeragat sikit sikit. Takut jd makin banyak

*FUNGSI MOISTURIZER YOUTH*

✅Bertindak 3 cara (Moisturizer-sun block dan primer) bagus untuk mekap nampak licin dan glowing.
✅ Ada spf 50 dengan broad spectrum sunscreen untuk menapis sinar UVA dan UVB

*KELEBIHAN MOISTURIZER SPF 50 YOUTH:*

Broad spectrum sunscreen
Dia organik
Dia diuji klinikal
Dia ada 8 tahun kajian
100% vegan
Mosturizer ada polifenol dari muscadine grape yg memang power utk nutrisi kulit.
Ada vital repair complex
Ada spf 50
Serius produk yg ada broad spectrum ni mmg produk mahal!
Kalau u ol nak cari, yg ada broad spectrum sunscreen tu mahal. Cecah RM300 Keatas. Lagi lagi yg organik macam youth. Tak dapat dijumpai.

*BAHAN-BAHAN DALAM MOISTURIZER*

❤Spf 50
❤Vital repair (organik)
❤muscadine grape estrak


5. *ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM-LIGHT*

*SIAPA PERLU PAKAI KRIM MALAM?*
✅Kulit kering dan kusam
✅Kulit yang berminyak dan nampak letih
✅Selalu terdedah aircond di pejabat
✅Selalu terkena pencemaran udara luar yang berhabuk. Yang bekerja di luar bangunan.
✅Yang tak sempat belai dan rehatkan muka dengan masker.
*FUNGSI KRIM MALAM YOUTH SKIN CARE*
Membantu dalam pembaharuan sel dan menyuburkan kulit, buatkan kulit lebih segar dan cerah.
Melembapkan kulit terutama untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
 Merawat kulit waktu kita berehat, lebih membuatkan kulit jadi lembut. Bangun pagi ibarat pakai masker telur.
Membuatkan tekstur kulit jadi lebih halus.
Meningkatkan kolagen kulit dan membantu kulit kembalikan keanjalan
Membantu peredaran darah lebih baik sekitar muka. Sebab tu nampak segar muka orang yang pakai krim malam ni
Mengurangkan kedut dan garis-garis halus di muka kesan dari penuaan
Mengelakkan kulit dari menggeleber

*BAHAN-BAHAN KRIM MALAM YOUTH*

Powered by Vital Repair+®,
- Multi paten
- Memberi nutrien dan vitamin perlu
- Menghalang kerosakan kulit dari radikal bebas
- Membantu sel bertumbuh lebih baik dan sihat
Schisandra Chinensis
- Herba yg digunakan di Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.
- Sesuai semua jenis kulit.
- Bantu sokong struktur kulit muda dengan vitamin antioksida semulajadi.
Lotus Japanicus
- Aktifkan protein yang penting untuk penjanaan semula sel bagi hasilkan lebih kolagen dan elastin.
- Beri tenaga pada sel kulit.

*KEUNIKAN SETIAP ITEM YOUTH SKIN CARE*

✅100% vegan
✅diuji secara klinikal
✅ fullset nya kesan dalam 7 hari
✅hipolergenik
✅non comodogenik (tidak menyumbat liang pori)
✅diuji oleh ahli dermatologi
✅diuji oleh ahli oftalmologi
Bagi yang tak nak ketinggalan menjadi muda lebih 10 tahun. Sila-sila hubungi chemun di talian yang tertera.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💖💖💖
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Wednesday 14 March 2018

YOUTH KEKALKAN KEREMAJAAN (excitement of S2U YOUTH PARTY)| LIFEBUDAK



Assalamualaikum.wbt.
Suka tak bila kita jadi remaja sepanjang masa??  Bukan perangai tau,  tapi kesihatan kulit dan tubuh badan.
Wow?!  Terujanya.

Baru ni chemun berpeluang join S2U YOUTH PARTY.

First time ever, chemun join party-party ni.

Perasaan yang tak tergambar.
Dari pintu masuk je, kita dah rasa auranya. Ok, for the first time in my life pergi PARTY.

Party kecantikan plak tu. tak pernah terpikir nak join.

Tapiiii. Keterujaan yang melampau tentang SKINCARE YOUTH ni memang buat chemun tak tidur malam. Dekat pendaftaran, kita dah dapat rasakan.

AJK maklum untuk 20 yang pertama akan dapat join SKIN TEST PERCUMA.?? I am one of them. Wahh luckynya. Alhamdulillah. Nak tau sangat apa jenis kulit chemun sekarang.
Well sweet 13 la katakan, i mean nak masuk 3 series. Kulit semakin bertambah keremajaannya. Auchhh!!

So masuk dulu tengok persekitaran.
Dapat FREE GIFT lagi, BANTAL YOUTH dengan keperluan YOUTH PARTY. WOW!!
syok habis la. Meet a few new friends.

The colour of the day was WHITE and PINK/PURPLE.
Guess what??? WHITE !!! Dah lama tak pakai this colour simce i was preggy for the first time. Haha. cause simptom mak-mak la kan? bila dah beranak, everything will SWEET AND SIMPLE.  and the truth is FAST. ok nak cerita chemun pakai balik my WEDDING OUTFIT, SAAT LAFAZ SAKINAH GITU. Hehehe. Yes!!! it fit me well.

Apa yang menyebabkan chemun teruja??

Yang PERTAMA, first ever SKINCARE yang TOTALLY VEGAN, 100% ok. tiada campuran dari sumber haiwan. So, YOUTH sangatlah selamat buat muslim, senang dan tak perlu ragu-ragu nak pakai. Diperbuat dari bahan yang semulajadi.

Yang  KEDUA,  sesuai untuk semua jenis KULIT ok???
hello???!! First time dengar SKINCARE boleh sesuai dengan semua jenis kulit? Kulit KERING, JERAWAT,JERAGAT, BERMINYAK, BREAKOUT. Yang lagi menarik adalah sesuai untuk LELAKI dan WANITA.

WoW!!! U can feel the excitement. Bayangkan kulit LELAKI yang mempunyai ketebalan yang berbeza dengan WANITA. Tetapi dengan YOUTH SUAMI ISTERI boleh share.
ABANG ADIK boleh share, MAK AYAH boleh share. Dari SKINCARE ini ramailah si ISTERI rajin buat FACIAL TREATMENT dekat rumah. untungkan EN.SUAMI.

Ha?? Apalagi?? cepat order dengan chemun.

Yang KETIGA,  100 % yang cuba akan rasa PERUBAHAN, walaupun first time pakai.
untungkan? Mana tak tergila-gilakan?? Kan?

Bayangkan kulit yang takde harapan nak sembuh?? Kembali bersinar? Dahtu?? takkan tak nak cuba. Kulit yang macam KAWAH BULAN jadi RATA. JERAWAT jadi LICIN. MUDA bertambah-tambah MUDA. TUA dah tak rasa macam TUA.

10 TAHUN LAGI MUDA.

LOOK YOUNGER LONGER.

Cukup kot untuk entry kali ni, nant chemun sambung keterujaan. HAHA!!!


Sahaja nak share jugak MAIN INGREDIENT DALAM YOUTH ni.
Buat makluman pembaca setia chemun, SKINCARE pertama yang DIPATENkan BAHAN-BAHANNYA, ada yang sedang menunggu keputusannya.
ye la bahan baik, kena la PATEN.

PATEN maksudnya DIKEKALKAN HAK CIPTA TERPELIHARA OLEH SHAKLEE CORPORATION. Tidak boleh diambil,ditiru atau digunapakai oleh syarikat lain dalam pembuatan skincare.


THE POWER OF BOTANICALS

1. MUSCADINE GRAPE
Masih dalam patent-pending. Polifenol dalam Anggur Muscadine  yang MENGAWAL DAN MEMBANTU MEMBAIKI SEL DNA apabila kolagen dan elastin ROSAK.

2.LOTUS JAPONICUS
Masih juga dalam patent-pending YOUTH-COMPLEX (bahan rahsia dalam skincare YOUTH). Ianya mengaktifkan kunci keberkesanan YOUTH PROTEIN untuk menghasilkan sel yang membentuk kolagen, elastin, fibrilin.
YOUTH COMPLEX ini bergabung dengan LOTUS JAPONICUS dengan esktrak buat SCHISANDRA CHINENSIS yang membantu secara struktur memberi lebih nutrien dan tenaga untuk keremajaan KULIT.

3. APPLE STEM CELL EXTRACT
Kajian menunjukkan stem sel epal mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel bagi kulit kelihatan muda. Ia juga mengekalkan dan membaiki sel tisu untuk kelihatan bersinar dan sihat luar dan dalam.

4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT
Herba ini telah menjadi kegemaran penduduk tradisi China, Jepun dan Korea bagi memberi kesan ketenangan dan soothe, mengawal radang dan kegatalan pada kulit.Sangat sesuai bagi semua jenis kulit. Herba ini membantu memberi kesan keremajaan pada struktur kulit dengan menambahkan vitamin semulajadi dan antioksida.

5. VITAL REPAIR+ COMPLEX
Masih dalam beberapa patent. Ianya membantu membekalkan nutrien antioksida dan vitamin yang menjadi keperluan asas kulit untuk menghalang kulit dari radikal bebas serta menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.




Alhamdulillah. Cukup sudah perkongsian chemun untuk kali ini, Nantikan next entry.

Buat yang merasai keterujaan YOUTH, boleh hubungi chemun seperti di bawah.
Terima kasih 👩👩👩


CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💕
Your life is starting when u has been call as BUDAK.


Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor







Tuesday 13 March 2018

VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK | LIFEBUDAK


Assalamualaikum.wbt.
Buat para pembaca yang masih setia dengan blog LIFEBUDAK. Hari ini, kita share sedikit sebanyak berkaitan VITAMIN C.

"VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK"

Kenapa dan mengapa dikatakan VITAMIN C ni adalah vitamin untuk KECANTIKAN??? stay tuned dengan chemun.

Dimana kita boleh dapati vitamin C?? Dalam makanan atau buah-buahan citrus, strawberi, blackcurrant dan sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
Kalau nak lihat keperluan VITAMIN C sangatlah mudah didapati tetapi banyak di antara kita yang buat sambil lewa. Makan buah oren??  arghhh malasnya. Sakit perut. Tunggu, chemun akan bagi penyelesaian.

Apakah fungsi VITAMIN C dalam badan kita??

Disinilah bermulanya fungsi KECANTIKAN itu terserlah.

Buat pengetahuan semua, VITAMIN C ini membantu sistem ketahanan badan melawan infeksi dan membantu menstabilkan kesihatan kulit, gusi dan salur darah dari jangkitan bakteria dan virus.
Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang mengawal sel badan dari serangan radikal bebas.
Pada kebiasaannya kandungan VITAMIN C dalam diet adalah terhad, banyak pemakanan kita melalui proses-proses yang menapis jumlah vitamin C dalam diet kita.
Kulit yg  cantik  bukan  sahaja dari luaran  semata- mata tetapi mestilah bermula dari dalaman, barulah terpancar kecantikan di luaran.
.
Utk  dptkan  kulit  yg cantik bukan  hanya dengan  memakai produk skin care  malah  perlu juga utk  makan makanan yg sihat spt pengambilan supplement utk kulit.
Jadi chemun nak suggest utk uols yg  nak  kulit  CANTIK.  ambiklah  VITAMIN  C setiap  hari. !. Ia adalah  vitamin asas utk  kulit  yg  cantik dan  sihat.


Jom tgk  apa  itu VITAMIN  C??

 *SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS* 

-Sumber  utama vitamin  C adalah drp estrak jagung.
- Ia  mempunyai komponen yg sama dgn  buah  citrus oren .
*APAKAH KEISTIMEWAAN &PERBEZAAN  VITAMIN  C SHAKLEE DGN  VITAMIN C LAIN  DI  PASARAN?*

✔ Merupakan vitamin C pertama yg  SEMULAJADI dan  bertindak  secara  "SUSTAINED RELEASED " @ DILEPASKAN dlm  badan secara perlahan2 utk  membolehkan vitamin C sentiasa  berada  dlm badan kita.
✔ Ia  dilepaskan perlahan-perlahan dalam badan sebanyak 100mg  setiap  jam utk 1BIJI  TABLET.
✔Vitamin C shaklee didatangkan  bersama-sama dengan  bioflavonoid iaitu  bahan  penting yg akan  membantu penyerapan vitamin  C dgn  lebih baik. 
✔ Tiada  pembaziran kerana  semua  vitamin  C digunakan  dan dilepaskan ke  dlm  sistem  tubuh  secara perlahan  mengikut keperluan.


KEBAIKAN DAN  KELEBIHAN VITAMIN C UTK  KULIT  CANTIK. 

 Mencerahkan kulit, secara semulajadi.
 Membantu kelihatan lebih muda.
 Mengatasi masalah jerawat degil.
Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi.
 Membantu kulit sensitif spt . Eczema dan resdung
 Membantu hasilkan kolagen dlm badan. 
 Mengurangkan kesan  "sunburn"
 Menjadikan kulit lebih gebu .
 Melembapkan kulit dr dalam.
 Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
 Menjadikan tona kulit lebih sekata.

Thats why,VITAMIN C ni sangat hot dan laris mcm goreng pisang panaszz.
Sebenarnya,banyak  lg kebaikan2 vitamin  C  ni.
Tunggu  ape  lg?  Nak  CANTIK jgn  tangguh2 dah.
Lagi pon raya tak lama lg..
Sebotol  je  pon dah  blh  dapat  effect  yg  baik  punye.  Janji  sabar  dan  konsisten.
Artis-artis pon ramai  dah  consume  VITAMIN C
korang bila  lg??  Takkan  nak  tgk  je.
Murah  je  Kot. Anggaran sebijik VITAMIN C baru RM0.55 .  Sebotol ada 180 bijik,  stok  utk  6bulan. Setahun  2kali je  keluar  duit bkn  tiap2 bulan.

Mai  wasap  chemun dulu utk  dpt  harga  special mesel.

Boleh hubungi chemun seperti maklumat dibawah.
Terima kasih.

CHEMUN IN THE HOUSE.
SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN
Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Monday 12 March 2018

KULIT JERAWAT SYOK KE?? | LIFEBUDAK

Assalamualaikum.wbt.


Mengenali jenis kulit kadang-kadang buat kita rasa stress.
tapi yang positif buat kita lebih berjaga tentang produk kecantikan serta pemakanan yang seimbang.

Post hari ini, fokus pada kulit yang berjerawat. Stress woo bila tiba-tiba keluar seketul jerawat pada muka yang licin.

Pada yang biasa ada masalah kulit berjerawat, boleh mengurangkan keyakinan diri. menjadikan diri kita kurang yakin dengan penampilan kita. Buat rasa rendah diri.



Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Sunday 11 March 2018

BAHAN KIMIA YANG BERBAHAYA DALAM KOSMETIK | LIFEBUDAK

 





Assalamualaikum.wbt.

Barang kosmetik memang tak terlepas dari pandangan seorang wanita.
Cantik dan bergaya sangatlah menjadi dambaan insan yang bernama wanita, tetapi dalam kerakusan memilih produk kecantikan jangan lah kita lupa melihat bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Kegilaan wanita inilah yang telah diragut oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan produk yang konon-kononnya memberi kesan yang pantas dalam masa yang singkat. Tetapi semuanya meninggalkan kesan yang mengerikan kepada si pemakai.


Mari kita berkenalan dengan bahan yang pertama,

PARABENS namanya.

Biasanya dijumpai pada produk mandian dan kecantikan seperti syampu, perapi rambut, losyen, pencuci muka, mandian, scrub badan serta muka.

APE yang memberi kesan pada kesihatan.??

Parabens ini mengganggu sistem endokrin yang menghasilkan hormon yang merangsang aktiviti pertumbuhan, pembiakan serta pertahanan dalam badan kita.

Selain itu, kita hendaklah berwaspada pada label di produk-produk detergen yang bertulis ' Ethylparaben, butylparaben, methylparaben, propylparaben' dan yang sewaktu dengannya.

Di kebanyakan negara luar negara seperti EROPAH, JEPUN, CANADA dan USA mereka telah mengawal bahan kimia paraben ini dalam produk-produk kanak-kanak.




Bahan yang kedua adalah OCTINOXATE.

Mudah dijumpai di dalam produk mewarnakan rambut,syampu, produk menghalang sinar matahari, gincu bibir, pengilat kuku, dan krim kulit.

Kesan terhadap kesihatan pula, mengganggu sistem endokrin, dan mudah menyebabkan sistem organ menjadi toksik.

Perhatikan LABEL yang terdapat octinoxate,OMC parsol MCX, parsol MOX, escalol dan sebagainya.

Dinegara seperti EROPAH, JEPUN dan US, undang-undang telah menyekat penggunaannya.






Bahan yang ketiga adalah PLUMBUM dan
logam-logam berat.

Biasanya dijumpai di dalam produk yang digunakan di bibir, ubat gigi, garisan mata, pewarna kuku, foundations, pelindung sinar matahari, alas mata, pewarna pipi, pelembab dan penitis mata.

LABEL yang bertanda Lead acetate, chromium,sodium hexametaphosphate ,

jangan lupa!! pada kebiasaannya produk yang mengandungi bahan terlarang tidak termasuk dalam senarai bahan yang digunakan.







Bahan yang keempat adalah NITROSAMINES.
Jaga-jaga, bahan ini terdapat dalam kebanyakan produk penjagaan harian kita.
Apa yang memberi kesan kepada kesihatan kita?? boleh menyebabkan kanser, sistem endokrin musnah dan sistem organ menjadi toksik.
LABEL yang bertanda TEA atau DEA berkemungkinan terdapat Nitrosamine. Kanada telah menghalang penggunaanya dalam kosmetik.




Bahan yang kelima adalah BAHAN BUYLATED
Biasa dijumpai di dalam produk bibir, rambut, bahan alat solek, pelindung cahaya matahari, deodorant, pewangi dan krim.

Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan endokrin, keracunan sistem organ, pertumbuhan dan keracunan sistem persenyawaan, kanser mungkin terjadi, kegatalan, kulit sensitif dan alergik, keracunan sistem imun dan pengumpulan di dalam sistem biologi.

LABEL yang tertera BHA dan BHT adalah disahkan mengandungi bahan butylated. Di samping itu, penguatkuasaan telah mengharamkan dan telah dijumpai digunakan di dalam kosmetik di eropah (BHA sahaja)




Bahan yang keenam adalah TOLUENE. 
Biasanya dijumpai didalam pengilat kuku atau set penjagaan kuku dan pewarna rambut. Apabila tededah kepada toluene, perkembangan dan sistem persenyawaan akan mengalami keracunan, termmasuk sistem organ dan kegatalan disebabkan mudah terkumpul secara biologinya. Buat makluman,  penguatkuasaan di Eropah telah mengehadkan kegunaannya di dalam kosmetik oleh International Frgrance Association Codes and Standards.


 
Bahan yang ketujuh adalah HYDROQUINONE yang sangat sinonim dalam produk kosmetik. Ianya biasa dijumpai pada pencerah kulit, muka dan pencuci muka, pelembap perapi rambut serta gam kuku. Sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kanser dan sistem organ mengalami keracunan alergik serta keracunan seluruh sistem imun. HYDROQUINONE, dan sekutu TOCO  yang tertera dilabel. Bagi penguatkuasaan; di EROPAH  telah diharamkan dalam pewarna rambut dan dikawal pengeluarannnya dalam produk rawatan kuku. Manakala di Kanada pula, pengawalan dibuat terhadap jumlah kepekatan HYDROQUINONE yang digunakan. Di USA pula, tiada pengawalan dibuat berdasarkan keguanaanya.







Bahan yang terakhir adalah 1, 4-DIOXANE.   Produk yang berbuih seperti syampu, cecair sabun, mandian buih dan sebagainya. bahan ini boleh menyebabkan kanser dan  keracunan sistem organ serta kegatalan. Pada label, biasanya tertulis Sodium laureth Sulphate,bahan PEG serta bahan kimia yang terlarang. Penguatkuasaan di Kanada, telah mengharamkan dan ditemui tidak selamat digunkan dalam kosmetik












Jadi, sebagai WANITA HEBAT!! jadilah pengguna bijak. perhatikan label disetiap produk yang anda calit di muka anda. Kecuaian anda adalah kemusnahan seluruh TUBUH BADAN anda. Ayuh! beralih kepada yang selamat dan dijamin berkesan.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Saturday 10 March 2018

7 KESILAPAN PENJAGAAN MUKA YANG SELALU ANDA LAKUKAN | LIFEBUDAK








Assalamualaikum w.b.t


wanita dan kulit muka tak terlepas dari kecantikan. bagi yang obses kecantikan mesti boleh mengganggu emosi sampai stress yang teramat.

Jom kita tilik kulit muka masing-masing ape kesilapan kita yang membawa masalah pada kulit muka kita?

KESILAPAN 1
CUCI MUKA TERLALU KERAP

Kebiasaan dari kita suka membasuh muka terlalu kerap kerana selalu terfikir kulit kita kotor.

Berhenti tabiat anda!! 
 jika anda tidak mahu kulit anda jadi seperti berikut:
1.kulit menjadi terlalu kering dan mengelupas kerana kurang kelembapan
2.kulit anda mudah berminyak dan berjerawat. 






KESILAPAN 2
KERAP MEMAKAI SCRUB KETIKA MEMBASUH MUKA

Ini satu lagi kesilapan kita, suka sangat alahai pakai scrub.
TAHUKAH ANDA???

Penggunaan SCRUB yang terlalu kerap menyebabkan pigmen kulit menjadi sensitif, nipis dan kering.
hadkan penggunaan scrub mengikut keperluan KULIT anda, disarankan 1 kali seminggu. 






KESILAPAN 3
KURANG MINUM AIR

Tabiat kurang minum air memang selalu kita jumpa dikalangan wanita, malas nak ke tandas.
Kekurangan air dalam badan menyebabkan, kulit muka menjadi kering dan kusam.

Air membekalkan tenaga kepada sel kulit untuk kelihatan sihat dan lembap sepanjang masa.
Amalkan minum air yang bertapis sehari 2 - 3 liter, bergantung kepada nisbah berat badan anda. 
Setiap 25kg adalah 1 liter air. 

KESILAPAN 4 
TIDAK CUKUP TIDUR

Betulkah tidak cukup tidur menyebabkan kulit menjadi tidak sihat? Ya. Ia salah satu faktor.
.
Tidur pada malam hari sebenarnya sangat bermanfaat untuk merehatkan diri. Masa ketika itulah sel kulit akan diperbaiki dan bekerja dengan lebih baik.
.
Kulit pun memerlukan rehat yang cukup untuk ia kembali bersinar dan sihat di pagi hari.
.
Cukupkan tidur anda sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.




KESILAPAN 5
MEMICIT MUKA DENGAN TANGAN ATAU ALATAN YANG TIDAK DISTERILKAN


Jika anda tiada kemahiran profesional dan alat yang sesuai untuk memicit jerawat, sila jangan lakukannya sendiri.
.
Memicit jerawat dengan kuku boleh memindahkan kuman daripada jerawat lain yang telah dipicit. Ini boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang keluar.
.
Jerawat yang dipicit juga selalunya meninggalkan kesan parut hitam atau kemerahan pada kulit anda jika tidak dilakukan dengan betul.
.
Lebih baik jika jerawat dibiarkan mengecut sendiri atau mengambil vitamin c, vitamin anti jerawat yg boleh membantu mengecutkan jerawat anda secara semulajadi.


KESILAPAN 6
TIDAK MENJAGA PEMAKANAN

Jaga pemakanan jika mahukan kulit yang cantik dan sihat. Elakkan terlalu banyak makan makanan yang berminyak. 
.
Jika anda berjerawat elakkan gula, susu, kopi, peanutbutter. Makanan ini akan melambatkan proses penyembuhan jerawat.
.
Makan makanan yang sihat seperti buah dan sayuran.






KESILAPAN 7
MEMAKAI MAKE UP SEBELUM TIDUR

Nak tidur pun pakai make up??
.
Memangla kalau boleh nak cantik selalu..tapi make up memang dilarang sama sekali dipakai ketika tidur. Make up yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbat liang roma kita dan boleh menyebabkan jerawat.
.
Sebaiknya cuci muka sebelum masuk tidur supaya kulit boleh bernafas semasa tidur dan merehatkan wajah anda


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dari chemun. Semoga dapat membantu anda memperbaiki penjagaan kulit anda. 

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💕

Your life is starting when u has been call as BUDAK.

Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Friday 9 March 2018

JENIS-JENIS PENYAKIT KULIT |LIFEBUDAK


Assalamualaikum.wbt

chemun nak share info yang best pasal penyakit kulit, ada yang berminat tak??

Bila bercakap tentang KULIT, ramai wanita yang geleng kepala, ini adalah permasalahan yang sangat ditakuti oleh wanita.

Jom kita review beberapa penyakit kulit yang biasa terjadi secara sedar atau tidak.

1. EKZEMA & DERMATITIS 

"Ekzema biasanya terjadi pada bayi dan kanak-kanak dan biasanya dikenali sebagai ATOPIC DERMATITIS".
Semasa dalam keadaan bayi, ekzema menyerang di bahagian pipi dan dagu atau di bahagian muka. Apabila semakin membesar, dia akan bergerak di bahagian lipatan seprti bahagian leher, belakang siku, belakang lutut dan ketiak. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak yang mendapat ekzema di bawah umur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ia bukan lah satu jangkitan.

Punca ekzema adalah:

1. Mungkin dari KETURUNAN
2. Boleh terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif pada kepanasan , kain berbulu dan permukaan yang kasar.
3. Boleh juga berlaku disebabkan infeksi virus, bahan kimia atau pewangi  dan lain-lain jangkitan.
4. Mungkin juga akibat alahan makanan atau yang berkaitan dengannya



2. PSORIASIS

Psoriasis pula adalah keadaan kronik autoimmune yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang sangat cepat dan menyebabkan kerak terjadi di atas permukaan kulit,

Kebiasaannya keradangan dan kemerahan akan berlaku die sekeliling kerak. Pembentukan kerak atau kuping yang tebal adalah berwarna silver keputihan dan kadang-kadang menjadi tompok kemerahan.

Psoriasis ini adalah hasil daripada pembentukan kulit yang terlalu cepat sehingga tidak sempat luruh sel yang sebelumnya. Keadaan sel kulit yang normal berlaku pembentukan adalah selama 1 bulan tetapi bagi pesakit psoriasis ianye berlaku dalam beberapa hari sahaja.

Oleh yang demikian, pertumbuhan sel kulit yang begitu cepat menyebabkan sel kulit yang sebelum ini belum sempat luruh. Jadi pembentukan lapisan menjadi semakin tebal di permukaan kulit.

Kerak atau kuping itu mudah terbentuk di "joints"seperti siku dan lutut.  dan tidak mustahil untuk terbentuk di tangan , kaki, leher dan muka.



Terima kasih kerana sudi membaca,  semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. 

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor





Thursday 8 March 2018

7 CARA MENGENALPASTI KULIT SENSITIF & PUNCA-PUNCANYA | LIFEBUDAK









Assalamualaikum.wbt


Hari ini kita akan tengok bagaimana nak mengenalpasti kulit kita ni sensitif ke tak?

Kulit kita ini ada pelbagai jenis, bila bertemu jodoh dengan yang SENSITIF. Mulalah sakan duit keluar. kalu dah tergar-garu tu tak ingat dunia.

Biasanya ketidakselesaan kita terhadap persekitaran sangat mempengaruhi keadaan kulit kita. Bila mula berpeluh kita rasa gatal adalah tanda-tanda kita ini adalah kulit sensitif.

Jom kenalpasti keadaan kulit kita bila terdedah kepada persekitaran dan kebanyakannya dipengaruhi oleh gaya hidup serta pemakanan kita.
1. Terdapat ruam timbul apabila panas dan berpeluh
2. Kulit mudah berlaku reaksi bila terkena wangi-wangian
3. Produk kecantikan wajah mudah membuatkan kulit anda merah dan sakit yang menyengat
4. Allergik terhadap sesuatu perkara boleh jadi makanan atau udara yang tidak sihat
5. Kulit mudah mengelupas apabila terkena detergent atau wangi-wangian
6. Kulit terasa gatal akibat kurang kelembapan pada struktur kulit
7. Kulit mudah kemerahan apabila keradangan berlaku dan terdapat bintik-bintik pada permukaan kulit.


Punca berlaku kulit sensitif adalah:
1. Keturunan yang kulit terlalu sensitif
2. Pemakanan yang tidak seimbang seperti pengambilan gula yang berlebihan
3. Pemakaian produk kecantikan atau detergent yang tinggi bahan kimia
4. Persekitaran yang tidak sihat, pencemaran asap kenderaan dan kilang-kilang yang berhampiran

Apabila kita telah mengetahui tahap kesihatan kulit kita, wajarlah kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kulit kita sentiasa dalam keadaan sihat.

Antara langkah penjagaan kulit sensitif adalah:
1. Mengawal diet pemakanan kita dan elakkan gula putih serta tepung putih.
2. Bertukar kepada produk kecantikan dan detergent yang organik serta semulajadi
3. Elakkan berada dikawasan yang terdedah kepada pencemaran udara dan sebagainya.

Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian chemun.


CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Wednesday 7 March 2018

KENALI JENIS KULIT MUKA ANDA & TEKNIK PENJAGAANNYA | LIFEBUDAK


Assalamualaikum.wbt dan Salam Sejahtera.

Sebagai seorang makbudak @ wanita yang NORMAL.  Kecantikan memang sangat tidak boleh dipisahkan.

Boleh stress seorang wanita bila disekat kemahuannya menjadi cantik.
Boleh hilang kewarasan bila dinafikan haknya untuk menjadi idaman si suami macho lagi bergaya.
Boleh merudum hormon adrenaline bila ditutup kemampuannya untuk menjadi diri sebenar.

Sekarang ramai yang suka tampil bergaya dengan cara yang paling MUDAH dan CEPAT.
Sangat kan? SIMPLE, ELEGANT dan PRESENTABLE.

Tapi sangat bermasalah bila kita menghadapi situasi KULIT SENSITIF.

Banyak benda nak kena hati-hati dalam pemilihan produk penjagaan kulit,  bukan juga masalah jikalau kita mengetahui jenis KULIT kita.

Jom kajiselidik JENIS KULIT kita.

1. KULIT NORMAL
Bagi kulit wajah yang dikatakan normal, tekstur kulitnya tidak terlalu kering dan berminyak. Kebiasaanya  kita boleh dapati ada sedikit atau ketidaksempurnaan pada kulit wajah.Tidak berlaku sensitif yang teruk pada kulit serta tiada liang roma yang jelas kelihatan. Mempunyai kulit muka yang berseri-seri.

2. KOMBINASI KULIT WAJAH
Biasanya kategori kulit kombinasi boleh jadi kulit anda kering atau normal di beberapa bahagian kulit wajah dan berminyak di bahagian yang lain contohnya di T -zone( hidung, dahi, dan dagu). Ramai yang biasanya mempuyai kulit kombinasi ni.

Terdapat lebih besar liang pori dari biasa kerana lubangnya lebih terbuka, 'blackheads' juga pengemar bagi kulit kombinasi ini dan sedikit berkilat pada kulit wajah.

3. KULIT KERING
Liang pori bagi kulit kering adalah jarang kelihatan serta kulit wajah adalah kusam dan kasar. Kelihatan tompokan  merah pada kulit dan kurang elastik dari segi teksturnya. Garisan kedutan adalah jelas kelihatan.

Kulit kering adalah senang merekah dan dicabut atau kulit mudah menjadi gatal, atau sakit apabila digaru.

4. KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak mempunyai liang pori yang besar. Bergantung pada keadaan persekitaran, kulit juga boleh menjadi kusam atau berkilat serta tebal teksturnya. Blackheads, jerawat serta kecacatan senang dikesan di kawasan kulit berminyak.

5. KULIT SENSITIF
Jenis kulit ini sangat perlu berhati-hati dalam kepelbagaian produk. kulit mudah menjadi merah, gatal, kering serta kadang-kadang seperti kesan terbakar.

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, pastikan anda selidik apa yang menyebabkan kulit anda bertambah teruk atau rangsangan terhadap perskitaran terutama produk skincare yang anda guna. Pastikan anda elakkan dari menggunakan produk tersebut.


Chemun nak ajak anda semua pinjamkan semua PANCAINDERA. MATA, TELINGA dan MULUT.
Tapi MULUT jangan TERNGANGA.


Ini adalah 10 JENIS RUTIN PRODUK PENJAGAAN KULIT WAJAH OLEH MASYARAKAT KOREA.

1. Pembersih Muka berminyak
2. Pembersih Muka berasaskan Air
3. Produk Pengelupasan Kulit
4. Toner
5. Essence
6. Serum
7. Masker Kulit Wajah
8. Krim Mata
9. Pelembab muka
10. Pelindungan UV

Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca terutama wanita bagi mengekalkan kulit yang sihat luar dan dalam.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💕

Your life is starting when u has been call as BUDAK.


Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor