Sunday 11 March 2018

BAHAN KIMIA YANG BERBAHAYA DALAM KOSMETIK | LIFEBUDAK

 





Assalamualaikum.wbt.

Barang kosmetik memang tak terlepas dari pandangan seorang wanita.
Cantik dan bergaya sangatlah menjadi dambaan insan yang bernama wanita, tetapi dalam kerakusan memilih produk kecantikan jangan lah kita lupa melihat bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Kegilaan wanita inilah yang telah diragut oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan produk yang konon-kononnya memberi kesan yang pantas dalam masa yang singkat. Tetapi semuanya meninggalkan kesan yang mengerikan kepada si pemakai.


Mari kita berkenalan dengan bahan yang pertama,

PARABENS namanya.

Biasanya dijumpai pada produk mandian dan kecantikan seperti syampu, perapi rambut, losyen, pencuci muka, mandian, scrub badan serta muka.

APE yang memberi kesan pada kesihatan.??

Parabens ini mengganggu sistem endokrin yang menghasilkan hormon yang merangsang aktiviti pertumbuhan, pembiakan serta pertahanan dalam badan kita.

Selain itu, kita hendaklah berwaspada pada label di produk-produk detergen yang bertulis ' Ethylparaben, butylparaben, methylparaben, propylparaben' dan yang sewaktu dengannya.

Di kebanyakan negara luar negara seperti EROPAH, JEPUN, CANADA dan USA mereka telah mengawal bahan kimia paraben ini dalam produk-produk kanak-kanak.




Bahan yang kedua adalah OCTINOXATE.

Mudah dijumpai di dalam produk mewarnakan rambut,syampu, produk menghalang sinar matahari, gincu bibir, pengilat kuku, dan krim kulit.

Kesan terhadap kesihatan pula, mengganggu sistem endokrin, dan mudah menyebabkan sistem organ menjadi toksik.

Perhatikan LABEL yang terdapat octinoxate,OMC parsol MCX, parsol MOX, escalol dan sebagainya.

Dinegara seperti EROPAH, JEPUN dan US, undang-undang telah menyekat penggunaannya.






Bahan yang ketiga adalah PLUMBUM dan
logam-logam berat.

Biasanya dijumpai di dalam produk yang digunakan di bibir, ubat gigi, garisan mata, pewarna kuku, foundations, pelindung sinar matahari, alas mata, pewarna pipi, pelembab dan penitis mata.

LABEL yang bertanda Lead acetate, chromium,sodium hexametaphosphate ,

jangan lupa!! pada kebiasaannya produk yang mengandungi bahan terlarang tidak termasuk dalam senarai bahan yang digunakan.







Bahan yang keempat adalah NITROSAMINES.
Jaga-jaga, bahan ini terdapat dalam kebanyakan produk penjagaan harian kita.
Apa yang memberi kesan kepada kesihatan kita?? boleh menyebabkan kanser, sistem endokrin musnah dan sistem organ menjadi toksik.
LABEL yang bertanda TEA atau DEA berkemungkinan terdapat Nitrosamine. Kanada telah menghalang penggunaanya dalam kosmetik.




Bahan yang kelima adalah BAHAN BUYLATED
Biasa dijumpai di dalam produk bibir, rambut, bahan alat solek, pelindung cahaya matahari, deodorant, pewangi dan krim.

Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan endokrin, keracunan sistem organ, pertumbuhan dan keracunan sistem persenyawaan, kanser mungkin terjadi, kegatalan, kulit sensitif dan alergik, keracunan sistem imun dan pengumpulan di dalam sistem biologi.

LABEL yang tertera BHA dan BHT adalah disahkan mengandungi bahan butylated. Di samping itu, penguatkuasaan telah mengharamkan dan telah dijumpai digunakan di dalam kosmetik di eropah (BHA sahaja)




Bahan yang keenam adalah TOLUENE. 
Biasanya dijumpai didalam pengilat kuku atau set penjagaan kuku dan pewarna rambut. Apabila tededah kepada toluene, perkembangan dan sistem persenyawaan akan mengalami keracunan, termmasuk sistem organ dan kegatalan disebabkan mudah terkumpul secara biologinya. Buat makluman,  penguatkuasaan di Eropah telah mengehadkan kegunaannya di dalam kosmetik oleh International Frgrance Association Codes and Standards.


 
Bahan yang ketujuh adalah HYDROQUINONE yang sangat sinonim dalam produk kosmetik. Ianya biasa dijumpai pada pencerah kulit, muka dan pencuci muka, pelembap perapi rambut serta gam kuku. Sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kanser dan sistem organ mengalami keracunan alergik serta keracunan seluruh sistem imun. HYDROQUINONE, dan sekutu TOCO  yang tertera dilabel. Bagi penguatkuasaan; di EROPAH  telah diharamkan dalam pewarna rambut dan dikawal pengeluarannnya dalam produk rawatan kuku. Manakala di Kanada pula, pengawalan dibuat terhadap jumlah kepekatan HYDROQUINONE yang digunakan. Di USA pula, tiada pengawalan dibuat berdasarkan keguanaanya.







Bahan yang terakhir adalah 1, 4-DIOXANE.   Produk yang berbuih seperti syampu, cecair sabun, mandian buih dan sebagainya. bahan ini boleh menyebabkan kanser dan  keracunan sistem organ serta kegatalan. Pada label, biasanya tertulis Sodium laureth Sulphate,bahan PEG serta bahan kimia yang terlarang. Penguatkuasaan di Kanada, telah mengharamkan dan ditemui tidak selamat digunkan dalam kosmetik












Jadi, sebagai WANITA HEBAT!! jadilah pengguna bijak. perhatikan label disetiap produk yang anda calit di muka anda. Kecuaian anda adalah kemusnahan seluruh TUBUH BADAN anda. Ayuh! beralih kepada yang selamat dan dijamin berkesan.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor
Share:  

0 comments:

Post a Comment