Saturday 10 March 2018

7 KESILAPAN PENJAGAAN MUKA YANG SELALU ANDA LAKUKAN | LIFEBUDAK








Assalamualaikum w.b.t


wanita dan kulit muka tak terlepas dari kecantikan. bagi yang obses kecantikan mesti boleh mengganggu emosi sampai stress yang teramat.

Jom kita tilik kulit muka masing-masing ape kesilapan kita yang membawa masalah pada kulit muka kita?

KESILAPAN 1
CUCI MUKA TERLALU KERAP

Kebiasaan dari kita suka membasuh muka terlalu kerap kerana selalu terfikir kulit kita kotor.

Berhenti tabiat anda!! 
 jika anda tidak mahu kulit anda jadi seperti berikut:
1.kulit menjadi terlalu kering dan mengelupas kerana kurang kelembapan
2.kulit anda mudah berminyak dan berjerawat. 






KESILAPAN 2
KERAP MEMAKAI SCRUB KETIKA MEMBASUH MUKA

Ini satu lagi kesilapan kita, suka sangat alahai pakai scrub.
TAHUKAH ANDA???

Penggunaan SCRUB yang terlalu kerap menyebabkan pigmen kulit menjadi sensitif, nipis dan kering.
hadkan penggunaan scrub mengikut keperluan KULIT anda, disarankan 1 kali seminggu. 






KESILAPAN 3
KURANG MINUM AIR

Tabiat kurang minum air memang selalu kita jumpa dikalangan wanita, malas nak ke tandas.
Kekurangan air dalam badan menyebabkan, kulit muka menjadi kering dan kusam.

Air membekalkan tenaga kepada sel kulit untuk kelihatan sihat dan lembap sepanjang masa.
Amalkan minum air yang bertapis sehari 2 - 3 liter, bergantung kepada nisbah berat badan anda. 
Setiap 25kg adalah 1 liter air. 

KESILAPAN 4 
TIDAK CUKUP TIDUR

Betulkah tidak cukup tidur menyebabkan kulit menjadi tidak sihat? Ya. Ia salah satu faktor.
.
Tidur pada malam hari sebenarnya sangat bermanfaat untuk merehatkan diri. Masa ketika itulah sel kulit akan diperbaiki dan bekerja dengan lebih baik.
.
Kulit pun memerlukan rehat yang cukup untuk ia kembali bersinar dan sihat di pagi hari.
.
Cukupkan tidur anda sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.




KESILAPAN 5
MEMICIT MUKA DENGAN TANGAN ATAU ALATAN YANG TIDAK DISTERILKAN


Jika anda tiada kemahiran profesional dan alat yang sesuai untuk memicit jerawat, sila jangan lakukannya sendiri.
.
Memicit jerawat dengan kuku boleh memindahkan kuman daripada jerawat lain yang telah dipicit. Ini boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang keluar.
.
Jerawat yang dipicit juga selalunya meninggalkan kesan parut hitam atau kemerahan pada kulit anda jika tidak dilakukan dengan betul.
.
Lebih baik jika jerawat dibiarkan mengecut sendiri atau mengambil vitamin c, vitamin anti jerawat yg boleh membantu mengecutkan jerawat anda secara semulajadi.


KESILAPAN 6
TIDAK MENJAGA PEMAKANAN

Jaga pemakanan jika mahukan kulit yang cantik dan sihat. Elakkan terlalu banyak makan makanan yang berminyak. 
.
Jika anda berjerawat elakkan gula, susu, kopi, peanutbutter. Makanan ini akan melambatkan proses penyembuhan jerawat.
.
Makan makanan yang sihat seperti buah dan sayuran.






KESILAPAN 7
MEMAKAI MAKE UP SEBELUM TIDUR

Nak tidur pun pakai make up??
.
Memangla kalau boleh nak cantik selalu..tapi make up memang dilarang sama sekali dipakai ketika tidur. Make up yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbat liang roma kita dan boleh menyebabkan jerawat.
.
Sebaiknya cuci muka sebelum masuk tidur supaya kulit boleh bernafas semasa tidur dan merehatkan wajah anda


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dari chemun. Semoga dapat membantu anda memperbaiki penjagaan kulit anda. 

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💕

Your life is starting when u has been call as BUDAK.

Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Share:  

0 comments:

Post a Comment