Friday 13 April 2018

7 TIPS TINGKATKAN DAYA FOKUS ANAK | LIFEBUDAK




Assalamualaikum wbt. 

Apabila anak-anak mula mengenali dunia, dalam benak fikirannya adalah main. Kadang-kadang kita sebagai ibubapa rasa rimas,  rasa stress bila anak bermain dan mula sepahkan barang-barang.
Tapi tahukah ibu bapa?  Bermain melatih anak-anak membina EQ yang lebih positif. Anak-anak menghubungkan otak kiri dan kanan,  di samping melatih motor kinestik dan sensori.
Di sini, chemun kongsikan tips tingkatkan daya fokus anak:

1. Anak yang suka menonton tv,  akan kurang fokus ketika sedang melakukan aktiviti, jadi ibu bapa,  haruslah mengawal waktu skrin time mereka.

2. Amalkan makanan sunnah seperti kekacang,  buah kurma,  madu dan sayur-sayuran.Elakkan makanan segera yang terlalu banyak.

3. Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus seperti lego,  domino, doh atau puzzle.

4. Ajak anak anda membaca bersama dan pilih buku yang menarik perhatian mereka. Mulakan dengan gambar berwarna warni dan perkataan yang terhad, supaya mereka tidak mudah bosan.

5. Galakkan anak anda mempunyai hobi. Buat benda yang mereka suka bersama-sama.

6. Pastikan anak anda mengambil sarapan kerana ia menjadikan seseorang lebih fokus terhadap perkara yang dipelajari. Jumlah oksigen yang masuk ke otak dapat membantu anak-anak lebih fokus dan tidak cepat letih.

7. Melakukan aktiviti kraftangan, hal ini boleh melatih anak-anak meningkatkan daya konsentrasi.

Alhamdulillah, setakat ini perkongsian chemun. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan fokus anak anda.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor
Share:  

0 comments:

Post a Comment