Sunday 15 April 2018

MILKBOOSTER BUAT IBU HEBAT| LIFEBUDAK






Assalamualaikum.wbt

Bukan mudah bergelar ibu?  Yang pasti banyak pengorbanan perlu dilakukan tapi tak perlu nak bersedih hati kerana bayarannya tak ternilai.
Apabila menyentuh tentang ibu menyusu, topik yang hangat diperkatakan adalah berkaitan penggalak susu ibu ataupun mudah dikenali sebagai MILKBOOSTER iaitu Makanan yang membanyakkan susu  badan.
Banyak permakanan yang mungkin diperkatakan mampu menjadi MILKBOOSTER,  contohnya semasa chemun pantang,  ibu memberi betik muda,  lobak putih sebagai meningkatkan penghasilan susu ibu.
Namun secara saintifiknya,  tidak pula banyak kajian yang betul-betul membuktikan keberkesanannya. Tetapi ianya sangat membantu berdasarkan pengalaman orang terdahulu yang banyak mengajar generasi kini.
Namun yang demikian, sangat ditekankan apa jua pemakanan,herba mahupun ubatan yang digunakan oleh ibu menyusu, ia bukan 'makanan ajaib' yang berkesan serta merta.
Konsep permintaan dan bekalan perlulah dipatuhi walau berada dalam apa keadaan sekali pun. Apa jua yang kita makan tidak akan memberi kesan sekiranya ibu tidak menyusu dan mengosongkan payudara dengan kerap dan efektif. Cari dahulu punca pengeluaran susu berkurangan dan cuba atasinya sebaik mungkin.
Makanan dan ubatan hanya membantu mempercepatkan proses baik pulih penghasilan susu.

Contoh makanan yang boleh jadi MILKBOOSTER

1. Lobak putih
2. Jantung pisang
3. Betik muda
4. Longan kering
5. Kurma
6. Asparagus
7. Soya
8. Bijirin
9. Soya
10. Pucuk bebuas
11. Lobak merah
12. Pucuk manis
13. Oren sunquick

Selamat mencuba ye ibu-ibu hebat. Ingat yang penting? Konsep  DEMAND and SUPPLY. Happy breastfeeding.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💖💖💖
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor
Share:  

0 comments:

Post a Comment