Sunday 15 April 2018

NUTRISI IBU HAMIL | LIFEBUDAK



Assalamualaikum.wbt.
Chemun nak kongsikan pengalaman seorang doktor yang sibuk dan sedang mengandung.

Saya baru dapat tahu kisah Iman Azman ex PA Vivy baru keguguran.
-
-
-
Saya pernah keguguran anak pertama. Masa tu baru 3 bulan  berkahwin, disahkan 5 minggu hamil.
Terkejut. Tak sangka sebab cepat sangat. Tapi bersyukur.
Walaupun saya berjanji akan menjaga diri dan kandungan ni tapi seringkali saya lupa. Bila saya tgh kerja.
Masa tu saya seorang houseman di jabatan perubatan. Pesakit collapse. CPR.
Ambu bagging dgn lama.
Tolak katil pesakit yg berat.
Ke sana ke mari uruskan ujian pesakit.
Bukanlah kita mengandung kita dapat light duty. Tak logikla. Kita perlu beri kita punya 100% sama mcm team member kita yg lain yg xmengandung sb workload perlu dikongsi sb workload mmg byk gilaaa. Kwn kita pun xterhandle kalau kita nak jd perempuan mengandung.
Masa tu pulak bulan puasa.
Saya pulak puasa.
Bila time buka puasa minum air kosong dan sambung kerja. Masa tu tagging lagi maksudnya jam 10 malam baru boleh balik.
Sahur makan gitu2 saja sebab tak selera dan alahan.
Masuk hari ke 5 puasa, saya nak pengsan di wad masa tgh ambu bagging pesakit.
Kemudian nurse take over dan suruh saya duduk.
Saya berbuka puasa.
Masa tu saya menangis sebab saya mengandung waktu bertugas di jabatan perubatan. Jabatan yg sibuk nak mampus. Pregnant pulak rasa penat gilaaaa. Klu tak mengandung pun dh penat kerja situ. Ni kan mengandung.
Sejak tu saya tak berani puasa sebab saya akan nak pitam.
Masuk minggu ke 7 saya mula ada spotting. Saya diberi cuti 2 minggu untuk berehat.
Lepas rehat masuk balik kerja, 1 minggu kerja saya alami pendarahan.
Masa tu hari Sabtu. Saya bgn pagi nak bersiap nak ke hospital.
Tetiba sakit perut ya amat. Darah menitis atas lantai mcm drama tv.
Keguguran.
Mengandung ni u must listen to your body. Kalau u rasa tak boleh teruskan memang u xboleh teruskan. Bukan manja bukan mengada. Memang limit badan kita tahap tu.
Fobianya saya mengandung sebab saya baru tahu betapa dahsyatnya penat mengandung tu. Rasa panas satu badan mcm nak demam. Kepala pusing. Nak angkat tgn pun jatuh balik. Alahan teruk pulak tu. Muntah sampai keluar darah.
Tak boleh bau daging atau ayam. Hanya boleh bubur nasi kosong. Itulah yg suami masakkan setiap malam lepas balik kerja.
Sedih keguguran tu mmg lama. Setiap malam menangis dan tak boleh tidur. Sebab saya blame diri sendiri. Tak jaga diri. Tak jaga baby.
Masa tu tak boleh tgk kedai baby. Tak boleh tgk baju baby.
Husband pujuk cakap masih ada rezeki nanti.
Alhamdulillah lepas 3 bulan keguguran, doktor bagi kebenaran untuk mengandung semula.
Dan saya mengandung semula lepas 5 bulan gugur.
Kalini memang teruklah mengandung.
Alahan.
Nak pengsan. Pening. Muntah. Admitted. Drama!!
Org yg tak pernah sakit seumur hidup pertama kali rasa sakit masa mengandung.
Memang depress.
Masa tu xmakan Shaklee. Konon nak makan makanan berkhasiat. Beli susu anmum. Beli susu kambing, susu kurma, susu segar. Mcm2 susu la husband beli utk bekalkan kalsium kat anak.
Yang peliknya dok tak cukup kalsium juga. Setiap malam dok tarik mengkarung masa tido😢
Husband beli buah anggur, kurma, delima, air zamzam, apple.. dan segala mcm sayur ada.
Jenuh nak makan. Tapi badan rasa mcm kain buruk lembiknya.
Lepas beranak Isabella, mmg rasa fuhh dahsyat betul mengandung ye. Serik sgt.
Tetiba mengandung anak kedua pulak. Adoiii.
Masa tu seperti biasalah minum susu segar tu semua tapi tarik mengkarung satu malam 5x. Kali ni menangis terus sb tak tahan dah. Jalan perggi kerja heret kaki sb sakit sgt.
Masa tu sakit pinggang pun dahsyat sampai pernah kena naik kerusi roda dari klinik masuk kereta.
Cip tahu cip tak cukup kalsium. Tak kiralah cip makan apa segar pun Cip xdpt pun nutrisi yg cip perlukan.
Hb low.
Muka pucat sampai kebiruan kelabu.
Cip sendiri tak sanggup tgk muka sendiri.
Satu hari saya decide nak cuba Shaklee. Contact kawan yg jual Shaklee. Doktor juga dan mengandung juga.
Dia suggest ESP dan ostematrix.
Alhamdulillah malam pertama lepas ambil tu dah takde tarik mengkarung.
Hari2 wajah dah ceria dan tak pucat lagi. Pesakit pulak cakap makin berseri doktor ni. Mengandung pun berseri.
Terus saya tak rasa mcm ibu mengandung. Rupanya ni rasanya mengandung yg sihat no.
Mcm ni mengandung kalau cukup nutrisi.
Tak depress. Tak sedih. Kita jadi diri kita sama mcm xmengandung.
Cergas dan ceria. Pergerakan dan aktiviti tak terbatas.
Itulah kali pertama saya terkena penangan Shaklee.
Kenapa kita makan sayur semua pun kita tak cukup nutiris??
Korang tau tak kajian mengatakan kualiti buah dan tanaman skrg dah jatuh nutrisinya berbanding 20 tahun yg dahulu. Ada byk faktor seperti buah itu telah diubah secara genetik, tanaman diracun, kualiti tanah yg kurang subur, buah dan sayur yg tak didapati segera. Melalui byk proses sebelum sampai pada pengguna. Setiap proses tu mengurangkan zat. Kemudian kita simpan dlm peti ais lagilah makin kurang zat. Bukannya beli2 terus makan.
Tapi suplemen Shaklee ni kalau dia kata ada 1000 mg kalsium dlm 4 biji tablet tu mmg 1000 mg lah kalsium. Dia dah pastikan. Dia buat ujian kualiti yg kita tak bleh bygkan berapa ratus juta Shaklee spend utk quality test. Like crazyy.
Tapi demi nak jamin kualiti drg mmg komited utk buat.
Selain tu dalam tablet ostematrix bukan ada kalsium semata2, ia dtg dgn Magnesium sekali kerana kedua minerals ni diperlukan untuk pembentukan tulang yg kuat.
Ia adalah sumber yg bebas bahan kimia tambahan dan selamat digunakan. Selama 30 tahun Malaysia dan KKM support Shaklee di Malaysia.
Kerana kualiti Shaklee terjamin.
Sejak tu setiap kali saya mengandung saya akan pastikan saya ambil Shaklee. Saya dapat rasakan perbezaan ketara mengandung tak ambil Shaklee dgn mengandung makan Shaklee.
Siap boleh lupa diri ini mengandung. Aktif sana sini. Walaupun ada alahan tapi saya tak lembik. Minum ESP setiap pagi itu wajib. Siap boleh berpuasa lagi tau.
Itulah penangan set ibu mengandung Shaklee yg saya tak boleh nak lupa.
Ibu mengandung saya nasihatkan jagalah diri baik2. Kalau penat u mesti dgr ckp body u.
Jgn nak buat2 gagah. Pastikan u ambil suplemen tambah darah, kalsium yg berkualiti dan B complex.
Saya syorkan u minum susu ESP sb u akan rasa bertenaga dan perut tak asyik lapar. Saya dah compare dgn mcm2 jenama susu ibu mengandung dan ESP mmg paling best.
Akhir kata, goodluck and I wish a smooth pregnancy for you☺️
Kredit to : Master Hasifah




Fungsi setiap satu supplement dalam Set Hamil Shaklee



Antara vitamin yang ada dalam set mengandung Shaklee ialah :
  • Vitalea : sejenis multivitamin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari. 
  • B Complex : mencegah penyakit deabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress.
  • Vitamin C : membantu menguatkan sistem immune badan.Ibu-ibu yang sedang hamil kena jaga kesihatan serta mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Kalau ibu hamil jatuh sakit, susah hendak mendapatkan ubat yang bersesuaian ketika hamil. Ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai skin yang berseri serta tidak kusam semasa mengandung.
  • Ostematrix : membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix ini ialah bekalan kaslium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami msalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.
  • ESP : membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.
  • Omega Guard  :penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.


CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💖💖💖
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Share:  

0 comments:

Post a Comment