Sunday 15 April 2018

STRATEGI 4 R BAGI IBU MENGATASI TEKANAN | LIFEBUDAK

Assalamualaikum.wbt.
Post kali ini berkaitan STRESS. Nyahkau stress dari ibu-ibu hebat yang disayangi.
Pakar Psikologi ada menggariskan beberapa langkah asas bagi mengatasi TEKANAN.
Di sini,  chemun akan kongsikan 4R yang wajib kita lakukan bila menghadapi Tekanan.

1. RECREATION (Riadah)
Ibu perlu mencari alternatif untuk melakukan aktiviti yang ibu suka. Sentiasa mencari ruang masa untuk diri sendiri. Lakukan senaman yang berpatutan. Ambil makanan seimbang dan dapatkan tidur yang cukup.

2. RESOLVE ( cari punca tekanan)
Ibu haruslah mengenalpasti permasalahan yang dihadapi dan segera mencari puncanya. Cepat-cepat bertindak menyelesaikan permasalahan tersebut. Jangan biarkan perkara itu bertimpa di benak fikiran. 
Contoh: ibu menghadapi masalah dengan majikan,  ambil langkah berbincang dan segera mencari solusi,  elakkan dari memendam rasa sendirian.

3. REVISE ( ubah persepsi)
Apabila berhadapan dengan permasalahan, banyakkan berfikir kepada yang positif. Fokus pada impak yang membuatkan anda lebih tenang.
Contoh: Rakan sekerja tidak memahami keadaan ibu yang sering meninggalkan tempat kerja untuk melakukan aktiviti memerah susu. Ambil peluang untuk menerangkan syoknya menyusu dan kelebihan dari memikirkan perangai rakan yang tidak memahami.

4. RELAX ( cari alternatif untuk mengatasi tekanan)
Lakukan teknik pernafasan yang mudah dan berkesan.
a, Duduk atau baring dengan selesa.
b, Letak tangan di atas perut.
c,  Taril nafas melalui hidung dengan perlahan dalam kiraan 4. Tahan nafas selama 1- 2 saat.
d, Keluarkan nafas melalui mulut,  juga dengan kiraan 4.
e, Ulang beberapa kali. Sebaiknya 6-10 kali.
f,  Zikir adalah terapi yang baik buat yang beragama Islam. Seperti dalam surah ar-Ra'd ayat 28, "INGATLAH HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENTERAM"
Setakat itu sahaja perkongsian kita kali ini. Semoga mendapat manfaat bersama.


CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor
Share:  

0 comments:

Post a Comment