Wednesday 7 March 2018

KENALI JENIS KULIT MUKA ANDA & TEKNIK PENJAGAANNYA | LIFEBUDAK


Assalamualaikum.wbt dan Salam Sejahtera.

Sebagai seorang makbudak @ wanita yang NORMAL.  Kecantikan memang sangat tidak boleh dipisahkan.

Boleh stress seorang wanita bila disekat kemahuannya menjadi cantik.
Boleh hilang kewarasan bila dinafikan haknya untuk menjadi idaman si suami macho lagi bergaya.
Boleh merudum hormon adrenaline bila ditutup kemampuannya untuk menjadi diri sebenar.

Sekarang ramai yang suka tampil bergaya dengan cara yang paling MUDAH dan CEPAT.
Sangat kan? SIMPLE, ELEGANT dan PRESENTABLE.

Tapi sangat bermasalah bila kita menghadapi situasi KULIT SENSITIF.

Banyak benda nak kena hati-hati dalam pemilihan produk penjagaan kulit,  bukan juga masalah jikalau kita mengetahui jenis KULIT kita.

Jom kajiselidik JENIS KULIT kita.

1. KULIT NORMAL
Bagi kulit wajah yang dikatakan normal, tekstur kulitnya tidak terlalu kering dan berminyak. Kebiasaanya  kita boleh dapati ada sedikit atau ketidaksempurnaan pada kulit wajah.Tidak berlaku sensitif yang teruk pada kulit serta tiada liang roma yang jelas kelihatan. Mempunyai kulit muka yang berseri-seri.

2. KOMBINASI KULIT WAJAH
Biasanya kategori kulit kombinasi boleh jadi kulit anda kering atau normal di beberapa bahagian kulit wajah dan berminyak di bahagian yang lain contohnya di T -zone( hidung, dahi, dan dagu). Ramai yang biasanya mempuyai kulit kombinasi ni.

Terdapat lebih besar liang pori dari biasa kerana lubangnya lebih terbuka, 'blackheads' juga pengemar bagi kulit kombinasi ini dan sedikit berkilat pada kulit wajah.

3. KULIT KERING
Liang pori bagi kulit kering adalah jarang kelihatan serta kulit wajah adalah kusam dan kasar. Kelihatan tompokan  merah pada kulit dan kurang elastik dari segi teksturnya. Garisan kedutan adalah jelas kelihatan.

Kulit kering adalah senang merekah dan dicabut atau kulit mudah menjadi gatal, atau sakit apabila digaru.

4. KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak mempunyai liang pori yang besar. Bergantung pada keadaan persekitaran, kulit juga boleh menjadi kusam atau berkilat serta tebal teksturnya. Blackheads, jerawat serta kecacatan senang dikesan di kawasan kulit berminyak.

5. KULIT SENSITIF
Jenis kulit ini sangat perlu berhati-hati dalam kepelbagaian produk. kulit mudah menjadi merah, gatal, kering serta kadang-kadang seperti kesan terbakar.

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, pastikan anda selidik apa yang menyebabkan kulit anda bertambah teruk atau rangsangan terhadap perskitaran terutama produk skincare yang anda guna. Pastikan anda elakkan dari menggunakan produk tersebut.


Chemun nak ajak anda semua pinjamkan semua PANCAINDERA. MATA, TELINGA dan MULUT.
Tapi MULUT jangan TERNGANGA.


Ini adalah 10 JENIS RUTIN PRODUK PENJAGAAN KULIT WAJAH OLEH MASYARAKAT KOREA.

1. Pembersih Muka berminyak
2. Pembersih Muka berasaskan Air
3. Produk Pengelupasan Kulit
4. Toner
5. Essence
6. Serum
7. Masker Kulit Wajah
8. Krim Mata
9. Pelembab muka
10. Pelindungan UV

Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca terutama wanita bagi mengekalkan kulit yang sihat luar dan dalam.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💕

Your life is starting when u has been call as BUDAK.


Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor