Friday 9 March 2018

JENIS-JENIS PENYAKIT KULIT |LIFEBUDAK


Assalamualaikum.wbt

chemun nak share info yang best pasal penyakit kulit, ada yang berminat tak??

Bila bercakap tentang KULIT, ramai wanita yang geleng kepala, ini adalah permasalahan yang sangat ditakuti oleh wanita.

Jom kita review beberapa penyakit kulit yang biasa terjadi secara sedar atau tidak.

1. EKZEMA & DERMATITIS 

"Ekzema biasanya terjadi pada bayi dan kanak-kanak dan biasanya dikenali sebagai ATOPIC DERMATITIS".
Semasa dalam keadaan bayi, ekzema menyerang di bahagian pipi dan dagu atau di bahagian muka. Apabila semakin membesar, dia akan bergerak di bahagian lipatan seprti bahagian leher, belakang siku, belakang lutut dan ketiak. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak yang mendapat ekzema di bawah umur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ia bukan lah satu jangkitan.

Punca ekzema adalah:

1. Mungkin dari KETURUNAN
2. Boleh terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif pada kepanasan , kain berbulu dan permukaan yang kasar.
3. Boleh juga berlaku disebabkan infeksi virus, bahan kimia atau pewangi  dan lain-lain jangkitan.
4. Mungkin juga akibat alahan makanan atau yang berkaitan dengannya



2. PSORIASIS

Psoriasis pula adalah keadaan kronik autoimmune yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang sangat cepat dan menyebabkan kerak terjadi di atas permukaan kulit,

Kebiasaannya keradangan dan kemerahan akan berlaku die sekeliling kerak. Pembentukan kerak atau kuping yang tebal adalah berwarna silver keputihan dan kadang-kadang menjadi tompok kemerahan.

Psoriasis ini adalah hasil daripada pembentukan kulit yang terlalu cepat sehingga tidak sempat luruh sel yang sebelumnya. Keadaan sel kulit yang normal berlaku pembentukan adalah selama 1 bulan tetapi bagi pesakit psoriasis ianye berlaku dalam beberapa hari sahaja.

Oleh yang demikian, pertumbuhan sel kulit yang begitu cepat menyebabkan sel kulit yang sebelum ini belum sempat luruh. Jadi pembentukan lapisan menjadi semakin tebal di permukaan kulit.

Kerak atau kuping itu mudah terbentuk di "joints"seperti siku dan lutut.  dan tidak mustahil untuk terbentuk di tangan , kaki, leher dan muka.



Terima kasih kerana sudi membaca,  semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. 

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor