Wednesday 28 March 2018

6 TEKNIK POTTY/TOILET TRAINING YANG MENARIK| LIFEBUDAK



Assalamualaikum.wbt


Kembali bersiaran.



Bila anak dah masuk dalam 2 tahun, mak-mak macam chemun ni akan sibuk la nak train anak #offdiapers
Ataupun POTTY TRAINING
Lagi-lagi bila anak dah tak selesa pakai pampers.


Ada juga yang lebih awal dalam 1 tahun setengah.

Anak-anak yang dah petah bercakap mungkin lagi mudah kita train die offdiapers.

Ini ada sedikit ilmu chemun nak share, mane tau boleh membantu ibu-ibu di luar sana yang nak train anak ke toilet.
Ada 6 tips menarik yang membantu dalam PROSES POTTY TRAINING.
Feel free to SHARE.
A reminder for me yang nak tengah nak train anak yang 2nd offdiapers.


1. MIND SETTING


Dalam proses nak potty training atau offdiapers ni,  mind setting ni sangat diperlukan.


Mind setting dan kerjasama dari seluruh ahli keluarga dan anak yang kita nak train. 


Kita mesti set minda ANAK supaya bila nak kencing dan berak lakukan di tandas. Selalu ingatkan. Ulang dan ulang sebelum kita betul-betul lakukan. 


Bagi AHLI KELUARGA yang lain,  minta kerjasama supaya alert dengan perubahan ANAK. Sama-sama pesan pada SI ANAK. 


Bila hari yang kita tetapkan,  Kita bersedia sebarang kemungkinan dan menerima dengan lapang dada, mungkin ada masa terbabas di ruang tamu atau tempat selain toilet.



2. SEDIAKAN TEMPAT YANG SELESA DAN KENALKAN FUNGSI TANDAS


Sediakan keadaan yang selesa untuk anak BERAK atau KENCING.


Jika anak tidak selesa atau seimbang semasa menggunakan lubang toilet bowl dewasa , sebaiknya sediakan potty kanak-kanak atau letakkan alas tempat lubang yang sesuai dengan saiz punggung ANAK.

Jika toilet itu terlalu tinggi, boleh sediakan stool rendah untuk anak pijak agar lebih selesa semasa meneran dan dapat duduk dengan stabil di toilet bowl itu.

Dalam masa yang sama, kita terangkan fungsi toilet.

Mana lubang untuk BERAK, Mana tempat FLUSH selepas selesai buang HAJAT



3. KENALKAN PERKATAAN KENCING DAN BERAK

Kita sebagai ibubapa hendaklah memperkenalkan perkataan yang sesuai.

BERAK bila keluar taik dari lubang dubur. 

KENCING bila keluar air dari kemaluan depan.

Terangkan dengan sebaiknya. Pastikan anak faham dan tidak keliru.



4. TUKAR KEPADA SELUAR DALAM

Dalam proses nak off diapers ini, pastikan kita sediakan seluar dalam yang secukupnya.

Sekarang macam-macam design terdapat di pasaran. Jika anak yang telah biasa dengan lampin kain, mungkin lebih mudah. 

Sebab ANAK cepat tidak selesa bila seluar mereka basah.

Ada juga yang mulakan dengan seluar dalam yang berpelapik. Terpulang pada kemampuan masing-masing.

Lagi menarik, kita belikan seluar dalam yang bercorak-corak untuk mereka.

Yang penting kita kena tukar diapers kepada seluar.


5. SET MASA

Pastikan kita lakukan pada masa yang tetap.

Contoh 1 minggu, berturut-turut. 

Mulakan pada waktu siang,
bagi ibubapa yang bekerja, mungkin boleh bercuti atau minta bantuan dari pengasuh bagi menyediakan ANAK kita off diapers.

Jangan potty training waktu nak pergi bercuti ya? Takut jadi kenangan pahit plak nant.

Kemudian mula dengan 10-15 minit, kita bawa mereka ke tandas.
Jika mereka dan yakin, boleh panjang kan masa sehingga 30 minit ke sejam dan akhirnya sehingga anak mampu memberitahu setiap kali ingin ke tandas.

Dalam proses ini, kita kena sabar dan yakin pada ANAK. Latih mereka dengan penuh kasih sayang.

InsyAllah ANAK akan lebih memahami dan ikut dengan cepat.


6. BERI REWARD

Bila dah siap tugasan,
ANAK dah berjaya POTTY TRAINING, jangan lupa bagi penghargaan kepada dia.

Pengalaman yang terindah buat mereka,
Ucap tahniahTAHNIAH ABANG dah menyelesaikan misi kita!
Abang dah besar! Tak mau diapers lagi. Diapers untuk baby kecil
Beri hadiah,
Atau bawa jalan-jalan,
Makan mungkin.

Alhamdulillah tamat sudah mission kita.
Selamat mencuba!


CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💕

Your life is starting when u has been call as BUDAK.


Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor