Friday 13 April 2018

7 TIPS TINGKATKAN DAYA FOKUS ANAK | LIFEBUDAK




Assalamualaikum wbt. 

Apabila anak-anak mula mengenali dunia, dalam benak fikirannya adalah main. Kadang-kadang kita sebagai ibubapa rasa rimas,  rasa stress bila anak bermain dan mula sepahkan barang-barang.
Tapi tahukah ibu bapa?  Bermain melatih anak-anak membina EQ yang lebih positif. Anak-anak menghubungkan otak kiri dan kanan,  di samping melatih motor kinestik dan sensori.
Di sini, chemun kongsikan tips tingkatkan daya fokus anak:

1. Anak yang suka menonton tv,  akan kurang fokus ketika sedang melakukan aktiviti, jadi ibu bapa,  haruslah mengawal waktu skrin time mereka.

2. Amalkan makanan sunnah seperti kekacang,  buah kurma,  madu dan sayur-sayuran.Elakkan makanan segera yang terlalu banyak.

3. Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus seperti lego,  domino, doh atau puzzle.

4. Ajak anak anda membaca bersama dan pilih buku yang menarik perhatian mereka. Mulakan dengan gambar berwarna warni dan perkataan yang terhad, supaya mereka tidak mudah bosan.

5. Galakkan anak anda mempunyai hobi. Buat benda yang mereka suka bersama-sama.

6. Pastikan anak anda mengambil sarapan kerana ia menjadikan seseorang lebih fokus terhadap perkara yang dipelajari. Jumlah oksigen yang masuk ke otak dapat membantu anak-anak lebih fokus dan tidak cepat letih.

7. Melakukan aktiviti kraftangan, hal ini boleh melatih anak-anak meningkatkan daya konsentrasi.

Alhamdulillah, setakat ini perkongsian chemun. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan fokus anak anda.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

30 RAHSIA ANAK TERANG & BERSIH HATI | LIFEBUDAK




Assalamualaikum.wbt.

Anak-anak ibarat kain putih yang akan mencorakkannya adalah IBU dan AYAH.
Setiap ibu bapa sangat mendambakan anak-anak yang hebat dan sihat FIZIKAL serta EMOSINYA. Malah ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit bagi merangsang minda anak-anak yang BIJAK.
Menurut pakar perunding MOTIVASI Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad untuk mendapatkan anak-anak yang cemerlang, IBUBAPA perlulah membuat persediaan persekitaran dan kehidupan mereka supaya melahirkan anak tenang dan bersih hatinya.
Di sini nak share beberapa rahsia yang boleh menjadi amalan buat IBUBAPA.

1. NAMA YANG SEMPURNA
Nama yang diberikan pada anak-anak sangat memberi impak kepada keperibadian. Sebab panggilan ibarat doa kita pada anak-anak. Jadi bila menjadi panggilan,  wajiblah kita menganugerahkan nama yang terbaik buat mereka. Nama yang membawa maksud yang sempurna. Bukan ikutan semata-mata.

2. PELUKAN
Yang ini saya telah nukilkan di post yang sebelum-sebelum ini. Sentuhan terhadap anak-anak menjadikan jatidiri mereka lebih kuat dan utuh apabila bergaul dengan masyarakat. Kitalah yang perlu menzahirkannya dari rumah. Kajian menunjukkan anak-anak memerlukan 17 pelukan bagi pembentukan anak-anak yang sihat.

3. NILAI KASIH SAYANG
Tunjukkan nilai kasih sayang terhadap anak-anak dengan pujian, hadiah ataupun senyuman bagi setiap kebaikan yang dilakukannya. Jangan biarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Apabila mengejutkan anak-anak dari tidur, mulakan juga dengan ciuman dan kata-kata positif. Apa yang dikatakan mudah dirakam kerana anak-anak berada dalam gelombang alpha dan beta.

4. SEDIA MENDIDIK
Walaupun sibuk setara manapun ibubapa,  jadikan diri anda bersedia mendidik anak-anak. Jangan culas dalam mengajar mereka. Banyakkan bersabar dalam melayani karenah mereka kerana setiap anak-anak berbeza intelektualnya.

5. TIADA KELUHAN
6. MAGIS SENTUHAN
7. PENDENGAR SETIA
Ibubapa adalah kawan yang terbaik buat anak-anak,  jadilah pendengar yang setia buat mereka. Kerana di sanalah mereka belajar untuk mendengar. Anak-anak dikala meningkat dewasa, mereka memerlukan teman berbicara. Apabila kita mampu untuk meminjamkan telinga kita,  kita telah melakukan transformasi dalam hidup mereka. Kita memberi isyarat bahawa kita sentiasa ada untuk menjadi tempat rujukan mereka.

8. JANGAN MENGKRITIK
9. MEMUPUK MINAT MEMBACA
10. DISIPLIN
11. MENYEDIAKAN FASILITATOR
12. MEMBERI CONTOH YANG BAIK
13. BERCAKAP SEMASA ANAK HENDAK TIDUR
14. AKTIVITI YANG RANGSANG OTAK KANAN
15. BINA DAYA IMAGINASI
16. AYAT PENERANG HATI
17. TEMAN ANAK BELAJAR
18. BELAJAR MENGHADAP KIBLAT
19. SEDIAKAN POKOK HIDUP
20. TUTUP TELEVISYEN SEWAKTU ANAK MENGULANGKAJI
21. TIDUR MENGIRING KE KANAN
22. CARA HIDUP ISLAMIK
23. RUANG KONDUSIF UNTUK BELAJAR
24. JADUAL ULANGKAJI PELAJARAN ANAK-ANAK
25. AYAT PENERANG HATI
26. MAKAN MALAM BERSAMA
27. MADU
28. BUAH DELIMA
29. SUSU SEGAR
30. TELUR

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor