Thursday 28 February 2019

Impress ALLAH Vs Impress MANUSIA | LIFEBUDAK





Assalamualaikum.wbt

Apa khabar semua?? Lama menyepi dari penulisan. Hehe.

Hari ni terpanggil meluahkan di pena minda ini. 

Pernah tak korang rasa satu masa macam draine out, burn out. Semua benda nak buat. Tahu apa task, tahu tanggungjawab tapi rasa penat. Tapi rasa stuck.


Hidup ini adalah pelayaran dan nakhodanya adalah kita.

Suatu masa kepenatan yang kita rasai adalah NORMAL. Tapi adakah kita mampu hadapinya sepanjang NORMA kehidupan kita.

Adakah kita sanggup mengenepikan segala KEBAHAGIAAN yang wajar kita kecapi demi mengiakan segala yang terjadi adalah BIASA-BIASA.

Suatu masa aku rasa penat untuk memenuhi keperluan bos.
Suatu masa aku rasa penat memenuhi keperluan suami.
Suatu masa aku rasa penat memenuhi keperluan keluarga.


Itulah lumrah yang BIASA-BIASA.


Sebenarnya kita terlupa KEJADIAN YANG LUAR BIASA Kejadian diri kita, kita punyai PENCIPTA YANG LUAR BIASA.

ALLAH yang MAHA ESA yang punyai segala-galaNYA. 

Kenapa kita jadi penat apabila terlalu menghargai manusia?? Kerana pengharapan kita adalah mengharapkan balasan yang setimpal dengan usaha.

Adakah berbaloi jika terlalu FOKUS!! 

Hargailah ALLAH  kerana DIA SENTIASA MENGHARGAI.

Cintailah ALLAH kerana DIA SENTIASA MENCINTAI.

Hadirlah pada ALLAH, kerana dia tempat segala SESUATU.


A022

"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).



Kita kadang-kadang terlupa, kita sentiasa ada CCTV yang memerhati kita.

Di setiap pendengaran, penglihatan dan kulit-kulit kita adalah saksi kita di mata ALLAH. Merekalah CCTV kita.😍


Jadi jomlah kita usaha mencari menggapai redha ALLAH kerana ia tidak pernah mengecewakan kita.

Jom tahajud cinta disepertiga malam.
Kerana disitulah kemanisan mengadu kepada KEKASIH YANG SEJATI DAN ABADI SELAMANYA 

Terima kasih kerana membaca dengan penuh sabar dan teliti. Semoga kita diberikan kekuatan untuk memperbaharui hidup ini. 

#chemunbooster

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💖💖💖
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor