Tuesday 17 April 2018

AMALAN MAGNET REZEKI | LIFEBUDAK

Assalamualaikum.wbt.
Hari ini terkesan dengan perkongsian sahabat hebat chemun. Dalam shaklee, chemun belajar untuk mengubah hidup,menghargai apa yang disekeliling.
Bukan mencari kekayaan semata, sales saja. Nak cepat kaya je. Chemun belajar erti memberi, bila kita bagi lagi banyak kita dapat.
Di sini. Chemun suka sangat nak share amalan-amalan yang kita juga boleh buat untuk memberkati seluruh kehidupan.

1. JURNAL KESYUKURAN
Pagi-pagi kita kalut bangun nak pergi kerja,  nak uruskan anak, nak masak, kadang-kadang terlupa nak bersyukur atas nikmat pagi tu.
Contoh : ALHAMDULILLAH.Pagi ini aku bangun dengan tenang, dapat merasai kenikmatan menghirup udara segar.
Sebab tu,  kita kalu boleh bangun terus ucap alhamdulillah. Lagi bagus,  baca doa bangun tidur. Feel the new life has begin.
Kalu chemun,  mentor pesan tulis 10 perkara yang kita syukuri pagi itu.

2. PUASA 3 HARI
Amalan ni jugak bagus kita amalkan. Apabila kita terdetik nak kan sesuatu perkara, kita latih diri kita untuk puasa 3 hari berturut-turut.
Apabila kita mahukan sesuatu dari seseorang, kita mesti akan usaha betul tak.
Jadi bila kita pasang niat mahukan sesuatu dari Allah, kita siap-siap bagi hadiah dulu dekat ALLAH. Hadiah tu puasalah,  nak bagi lain mungkin tak mampu. Kita puasa sebagai tanda kita betul-betul perlukan,mahukan kehendak kita ALLAH makbulkan.
Kita juga mohon segala hajat kita tu bersandarkan kepada ALLAH. Niat kerana ALLAH. Supaya ALLAH kurniakan yang terbaik.

3. SOLAT SUNAT DHUHA
Biasa sangat kita dengar,  tapi kita biasa buat tak?  Amalkan 2 rakaat je setiap hari. Jom cuba istiqamah, konsisten kan setiap hari.
Nak best lagi,  kita feel sikit. Bila nak solat tu. Ni kalu dapat la.
Cari ruang solat,  dekat dengan pintu atau tingkap,  boleh rasa angin-angin sepoi-sepoi bahasa. Angin kipas pun boleh.
Bayangkan masa doa tu, imagine sikit. Guna visual kita.
Bayangkan segala nikmat dengan rasa rendah diri. Rasa penuh syukur, kita ni pendosa, semua milik ALLAH.
Masa part ni pula
"Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah"
Kita bayangkan duit jatuh dari langit, keluar dari bumi. Angin-angin tiup masuk duit-duit tu dalam rumah kita.
Doa dengan sungguh-sungguh,  dan last kita ni rasa kosong takde ape pun nikmat melainkan ALLAH yang kurniakan semua.

MAKNA DOA DHUHA

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

4. SOLAT FARDHU DI AWAL WAKTU
Seperti yang telah menjadi rutin umat islam,  solat lima waktu yang menjadi tiang agama. Tak boleh tinggalkan??
Alhamdulillah. Ramai yang menyempurnakannya. Boleh tak kita cuba upgrade sama-sama.
Mulakannya dia awal waktu. Lagi bagus,  kita tunggu waktunya. Fokus!  10 minit awal kita dah ambil wudhu dan bentang sejadah.
Terasa lapang je masa kita hari tu. Buat hari-hari? Mesti sangat bersemangat hari-hari kita.
Apabila dapat menyempurnakan solat awal waktu,  rasa lega je.
Jika kita menangguhkan solat kita, tidak mustahil juga Allah akan menangguhkan rezeki kita.

5. BERSEDEKAH
Ini semua orang tahu kan??  Seronoknya boleh  kongsi rezeki.
Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 245:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

Jadi,  jom kita ringan-ringankan tangan menghulurkan sumbangan.
Lagi best,  sedekah lah dengan rasa payah. Lagi payah kita nak sedekah masa itu lah kita kena bersedekah.

Ikhlas la dalam memberi.
Mohon semua yang membaca mendoakan kita semua dari golongan yang sentiasa memberi. Tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu. Bersyukurlah dengan niat semata-mata kerana Allah, insyAllah kita tak akan pernah menyesal.
Feel free to share.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💖💖💖
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor
Share:  

0 comments:

Post a Comment