Tuesday 17 April 2018

SUCCESS STORY | LIFEBUDAK




Assalamualaikum.wbt

Ramai yang takut nak memulakan langkah pertama.
tetapi ketahui dengan membuat langkah pertama, anda pasti akan melalui langkah yang setrusnya dengan hebat berjaya.

bersedia atau tidak? adalah pilihan anda. Sanggupkah anda berada di takuk yang lama sehingga hujung usia.

mereka orang yang hebat yang sentiasa membakar semangat saya.

Jom baca kisah menarik disebalik kejayaan mereka.


Success Story : Master Nor Fahana

SHAKLEE BERI SAYA LEBIH DARI DUIT YANG BANYAK DAN MASA YANG MEWAH
Dulu saya gila Shaklee sebab DUIT. Ye betul. Mana ada orang buat bisnes bukan sebab duit kan
Pada tahun 2015, sale jatuh teruk. Bonus pun jatuh hampir 70%. Masa tu saya dah pun Master Coordinator

Mula-mula memang down sedikit sebanyak. Tapi uplines banyak bagi semangat dan nasihat supaya saya terus fokus dan kembang serta dalamkan organisasi
Betul kata diorang. Jatuh-jatuh dalam shaklee pun, bonus still banyak berbanding makan gaji. Masih belas ribu

Tak lama pun. 6 bulan lepas tu naik balik bonus. Malah naik lebih banyak berbanding sebelum jatuh dulu

Sekarang ni toksah cerita la. Bonus sikit lagi nak cecah RM100,000
Paling tinggi setakat ni RM91,000
Kalaula saya give up suatu ketika dulu dan lari buat bisnes lain. Tak merasa la saya income sebesar ni, kan 

Sekarang yang mentautkan hati saya pada Shaklee bukan pada ganjaran bonusnya tapi pada nikmat kebebasan masa yang saya sedang kecapi
Duit dah jatuh nombor dua. Dah tak sepenting nikmat masa yang lapang
Time freedom yang saya dapat melalui bisnes shaklee sungguh indah dan manis sampai membuatkan saya terlupa pada sakitnya kejatuhan bonus

Tak mungkin saya tinggalkan bisnes yang hebat ni hanya kerana kejarkan duit
Berniaga jika kerana duit, kita akan penat. Penat nak kejar sebab kita takkan pernah rasa puas
Berniagala untuk cari masa yang banyak demi Tuhan dan keluarga. Boleh fokus beribadah tanpa perlu rasa bersalah pada sesiapapun

Spend masa berharga bersama keluarga ketika anak-anak masih kecik sebab saat tu takkan dapat diputar kembali bila anak dah meningkat dewasa 

With Love,
Master Nor Fahana


SUCCESS STORY - MASTER NINI NISRIN

Nini adalah salah seorang anak saya yang sangat positif. Dia tak pernah mengeluh "Takde orang beli pon?" Sungguh optimis dengan cita-citanya membuatkan saya melopong melihat GUVnya yang shoot hampir 3x ganda dari bulan lepas. Semua orang yang positif boleh berjaya, saya yakin.
Nini baru lepas fleet pertama car bonus 5Kuv, dia sebenarnya skor 6K++ guv, wooww!! dan bulan ini berjuang untuk 7.5Kuv. Dengan sarat mengandung, dia tidak pernah mengalah atau menangguhkan kejayaan / cita2nya. Jombaca kisah Nini. Mudah-mudahan impiannya menggapai cita-cita Jutawan Muslimah akan berjaya.
=====================
Assalamualaikum, hari ni 5 november. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai ni'mat iman dan islam serta menyedut udara dan berpijak dibumi Allah ini. Satu perkara yang jarang2 saya syukuri sebenarnya, mungkin tidak cukup masa, atau memang diri sendiri jenis mudah lupa. Tp alhamdulillah, terasa terpanggil untuk menulis serta membaiki diri. Mudah mudahan kita mampu menjadi orang yang hari ini lebih baik dari semalam.insya allah. (panjang pulak intro nye :-))

Ok, straight to the point.
Pertama sekali mula mencungkil bakat dalam berbisnes pada bulan jun 2011. Masa tu anak saya nak masuk 3 bulan. Dan masa tu jugala kali pertama saya pandai membeli online. Waktu tu saya beli clothdiapers dan saya mula simpan angan-angan, nanti nak buat bisnes clothdiapers juga. Alhamdulillah,saya terbuka hati untuk tanya penjual clothdiapers peluang-peluang untuk saya jana pendapatan. Saya jadi ejen dropship dgn modal 0. Saya mulakan dengan jual clothdiapers tu dengan meletakkan harga saya sendiri. Maka bermulalah saya sebagai seorang peniaga online.
Masa awal-awal tu agak ambil masa jugak untuk dapat pembeli sebab saya masih belum dikenali sebagai seorang penjual :-) so, masa tu masa saya perkenalkan diri. Macam-macam saya buat. Tidur sampai pukul 3 pagi sebab study tentang cloth diapers, update blog, update fb dan bagai2 ..letih sangat. Terkejar2 dengan anak kecik dan suami yang memang juga sgt sibuk dengan tuntutan kerja dan masyarakat.

Awal-awal tu x ramai yang beli, tp saya x putus asa, sampailah saya ada customer. rasa saaaaaaaaaaangat excited x terkata. Walaupun hanya dapat untung dalam RM20, tp saya sgt suka, sebabnya saya tak kerja dan tiada pendapatan sendiri. Jd, dgn RM20 sy boleh kumpul untuk beli brg yg sy nak. (segan nk mintak ngan suami,huhuhu).

Masa tu income x byk pun. Tp alhamdulillah, itu rezki dari Allah atas usaha saya. Benar sgt, duit rm20 yang sy dpt dengan usaha ni sgt sy hargai berbanding masa sy kerja dulu. Mgkn sy lagha dgn keje dulu kot. Xbekerja sungguh-sungguh kot.huhu

Then saya kembangkan sikit dengan kopiah kait. Sebab sy suka kopiah kait dan kemudian dapat idea repack kerepek yang sy beli borong:-) so, dapatlah juga pendapatan sikit-sikit.

Sehinggalah akhir tahun 2011, saya mampu ambik stok clothdiapers sendiri, dan suami bagi modal untuk saya buat bisnes tshirt muslimah. Alhamdulillah, sy buat semua tu demi keluarga saya. Saya ketepikan segala rasa malu. Isteri pensyarah bukak gerai d program-program tadika dengan bawak anak kecik, bersila atas tikar. setiap kali jumpa orang yang kenal saya, mesti ada yang cakap, eik…ni isteri si dia ni kan. Xletih ke jual-jual ni. Saya senyum dan dengan bangganya jawab..ya!! =) diorg selalu tanya, kenapa saya x keje. Xpenah cari keje ke. Xnak keje balik ke. Sampai sekali tu, makcik saya sendiri cakap, degree tu buat gantung di dinding je lerrr…terkejut asben saya dengar, tp asben saya cakap, xpe, nanti dia akan tahu apa yang saya buat. Baru dia terkejut. Hohoho....ekceli banyak dugaan seorang pemegang ijazah yang bertindak menjadi surirumah sepenuh masa. Ramai yang pandang rendah. Ramai yang lihat kita sebelah mata. Jiran-jiran di politeknik ni, ramai yang asyik Tanya, x boring ke , cari la kerja dan segala macam la. Huuuu…tidakkkk….saya x kan mengalah. Gogogogoooo…

Saya xkisah dah apa org nak kata. Yang penting, sy x nak keje dengan orang, tinggalkan anak-anak saya dan semua-semua peluang yg seorang isteri dapat bila dia berada di rumah. Saya bukan xpernah kerja. Semua orang cakap, rugi saya berhenti kerja. Sedangkan dah ada tempat dan jawatan sesuai dulu. Tapi saya kata, saya x dpt life saya. Rasa tertekan memandangkan saya keje di husm, suami pulak di perlis, dua negeri yang cuti minggunya berbeza, sangat x bes. Baik berenti, dan saya yakin, ada sesuatu di hadapan yang saya boleh capai.
Sehinggalah 1 hari, saya termengenali seorang kakak. Dia tanya tentang cloth pad. Dan saya x de jual, cuma ada kawan yang jual. So, saya bagi la link tu kat kakak tuh. Masa tu x kenal lagi dia. Cuma kenal dia ni kakak kepada kawan di uitm dulu. Dan ada sekali depa adik beradik ni duk borak di fb tentang shake shake. Apa ntah. Resepi shake2. Hohoho. Jakun giler waktu tu. Maka bermulala cerita bagaimana sy mengenali apa itu shake2 dan apa itu shaklee.
Sy dah berminat nak beli set bf, tapi dsebabkan xdak duit sy hold :-) masa tu memang sengkek.. Nak mintak dgn asben pun sogan. So, terbiar je la offer tu di situ. Tapi dalam hati, memang dah pasang angan-angan, nk makan vitamin Shaklee dan nak cuba buat bisnes shaklee jgk.
Sehinggalah ..........

Pada 1 hari, sy pening2, :-) cek2, waaaahhh.double line. Sy pregnant lagi.kui3…anak sulung baru 11 bulan masa tu.hehe.rejeki… Maka, saya cntactla kakak tu kembali sebab nk beli set shaklee fullpack hamil. Saya nak beli sebab saya dah decide x nak guna vitamin klinik dah. Vitamin klinik macam xde kesan sangat kat saya ,sebab saya carrier thlassemia. Jd nak cuba Shaklee pula. Masa tu beli la dgn duit utg jual cloth diapers. Kui3. So, beli share dengan kawan-kawan sebab nak jadi ahli free =) . maka jadilah saya ahli Shaklee.

Start pregnant tu, saya kene morning sickness yang agak teruk. Shaklee pun xleh mkn. Esp lgsung xleh telan. Bcomplex lagila..kikiki...so, amek skip2. Sampai la 3bln pregnant baru morning sickness tu berlalu pergi. Mak Shaklee dah banyak kali nasihat makan vitamin, mkn vitamin =) hihi..dan baca manual Shaklee tu. 3 bulan buku manual tu terperap dalam beg xbukak-bukak, sebab pening xleh baca.
So, bila dah boleh mula baca, saya start baca buku manual shaklee, online n segala. Masa tu sy berkobar nk buat shaklee. Dan saya pun mulakan

Pada awalnya mmg sy rasa takut mmandangkan sy xpernah pun jual join mlm ni. Memang sgt anti mlm dulu. Masa nk jadi ahli tu pun, banyak duk Tanya mak Shaklee saya tu, halal ke mlm ni. Hehee. Alhamdulillah, semuanya diterangkan dengan sangat baik oleh mak Shaklee saya =) tenkiu mommy. Demi cita-cita saya yang tinggi, saya cuba. Sebab bagi saya , saya juga mesti boleh buat. Orang lain boleh kenapa sy x boleh . Tu la apa yang saya set dlm minda saya. Buang segala negative.
Saya bermula untuk jual produk shaklee masa saya pregnnt 3 bulan, iaitu dalam bulan 5.2012. Baru sangat lagi, permulaan saya dengan buat promosi produk. Saya tahu ramai yg jual produk shaklee, tapi Allah janjikan rezki bagi setiap nyawa yang diberinya dengan apa cara sekali pun asalkan kita berusaha. Jadi, saya yakin dengan itu. Negatif dibuang jauh2.

Saya pun bermula. Promot,dan ramai yang mula bertanya. Bermula dari situ, saya dapat customer. Masa tu saya belum pegang stok lagi. Sebulan kemudian, baru saya beli stok dlm rm600 dan mula buat stok untuk pek trial. Alhamdulillah, sambutan sangat bagus dan saya makin bersemangat. Mak Shaklee saya selalu cakap, kita kene bersedia, barulah ada yang datang. =)

Pada awalnya saya dapat generate income dalam rm300 je pada permulaan sy buat bisnes shaklee. Dalam 700uv kot . sebulan kemudian, naik ke 1400uv. Rm300 bg sy pd ketika itu dah sangat banyak. Saya boleh beli barang2 yang saya nak. Alhmdulillah. Sgt bersyukur.

Bln ramadhan pula tiba, dan masa tu sales saya sangat bgus. Saya dapat 4 angka bulan tersebut dan dapat naik rank ke supervisor. Alhmdulillah, rezki ramadhan dan dapat guna untuk pulang berhari raya nanti. Namun, allah uji kami dengan kereta rosak dalam perjalanan, saya masa tu terfikir, alhamdulillah, sy boleh ringankan beban suami saya dalam repair kereta dan byr duit hotel mlm tu sb kami x bleh meneruskan perjalanan pada hr tu. So, bila di total up, jumlah perbelanjaan repair kete dan hotel n segala tu dalm rm700. So, bonus shkalee ada lg balance dan balance tersebut digunakan sepanjang meniti hari sebelum dapat gaji bulan depan. Alhamdulillah ya allah.

Bulan ogos, sy juga berjaya dpat 4 angka. Mgkn masa ni sy dh makin dikenali. Orang semakin ramai bertanya, walaupun ada yang tanya2 saja tapi bagi saya ia sudah sgt bgus, sb mmg ada yg suka dgn produk ni.

September juga x kurang. Sy dapat beli gajet kegemaran sy dgn bonus shaklee. :-) alhamdulillah. Tiada apa yg boleh sy katakan lg.

Oktober, sy makin teruja . Dengan income 4 angka lagi, sy sudah bleh mnyimpan . Dan kami berazam akan mula mnyimpan utk masa dpn kami. Memandangkan suami jg byk tanggungan dan sy perlu bantu dia. Mg perjalanan sy ini diredhai dan d berkati Allah.
Dan saya ada anak-anak dan cucu-cucu. Saya yakin mereka sangat hebat, jauh lebih hebat dari saya. Jadi, saya doakan mereka untuk terus Berjaya dalam bidang ni. Dan pada mami Shaklee saya KAK FARIHAH, I luv u so much. Ekekekkkkkeee…terima kasih atas tunjuk ajarmu sifu =)
Ok, tu je dari saya. Xpandai nak karang panjang2. Cuma, akhir kata, saya ada sesautu yang saya nak capai, dan ia adalah push factor bagi saya dan saya mesti berusaha untuk dapatkannya. Go go go =)
==============
All the best, Nini & anak2 cucu semua. Daki sedikit setiap hari, lama2 pasti akan ke puncak :)





Success Story
===========

INSPIRASI SURIHATI MR. LORI

Bagaimana mencapai impian? Pastinya dengan kemahuan yang besar dan kuat. Saya nak bawakan kisah seorang leader Surijunior yang telah memberikan inspirasi untuk ramai orang termasuk diri saya sendiri, Puan Shairne Omar, leader besar di group The Owesome Masters pimpinan Master Dr. Normi Mohd

Jom kita baca:
"Seawal usia 19 tahun saya sudah berumahtangga. Saya memiliki sijil SPM sahaja, berbeza dengan kalian yang memegang ijazah.

Suami saya juga hanya memiliki SPM, seorang pemandu lori. Bekerja di pasar malam sejak usia 12 tahun dan pada usia 19 tahun, beliau memiliki lorinya sendiri. Saya nampak suami saya senang dan selepas kahwin hidup kami tiada masalah kewangan. Apa yang saya minta, dia tunaikan sama ada cepat atau lambat.

Hidup kami bahagia walaupun menghadapi dengan macam-macam orang cakap sebab saya kahwin awal. Pedulikan! Saya tak mengemis dari mereka. Kami sangat bahagia. Sehingga saya hamil, saya rasa nak ikut suami saya bekerja. Saya nak tengok macamana dia bekerja.
Saya mengandung 6 minggu, saya ikut. Naik lori bersama. Saya ikut. Dan barulah saya sedar, Bagaimana suami saya bekerja. Susah, payah dan berhadapan dengan pelbagai risiko bahaya. Barulah saya tahu, dia mempertaruhkan nyawanya saban hari untuk mencari rezeki buat saya
Dari pagi kami ke Quari batu.tunggu batu .lepas tu masuk Quari tanah merah naik bukit2. Lepas tu masuk kandang babi nak cari batu bata dan pergi masuk sungai cari pasir . Saya tak malu suami sy kerja macam tu, malah saya bangga, suami saya bersusah payah mencari yang halal untuk kami.
Hati isteri mana yang tidak gundah fikirkan keselamatan suami? Setiap hari saya akan berdoa "Ya Allah, selamatkanlah suami ku ketika perginya dan pulangnya semula kepada kami"
Setelah memiliki seorang anak, saya dikurniakan pula kandungan kembar. Saya rasa nak memiliki duit sendiri di samping bantu suami. Saya mula menjahit.Saya belajar dari buku & youtube. Saya ambil tempahan dan dapat upah. Saya menjahit seawal pagi dan berhenti tidur sekitar jam 3.00pagi. Saya cuma berhenti solat dan makan.Penat. saya sangat penat. Tapi saya buat sebab saya teringin nak pegang duit sendiri

Semasa sarat mengandung saya mwnjahit, dalam pantang pun saya masih menjahit. Hasil menjahit ni taklah banyak mana tapi saya gembira dengan pendapatan yang saya usahakan sendiri tanpa meminta-minta.

Hasil menjahit ini juga saya guna untuk beli keperluan saya dan baby. Seronoknya! Saya dapat beli kelengkapan baby kembar saya sendiri. Happynya! Dan saya juga membeli set hamil Shaklee berharga RM400+ dengan duit tabungan saya.

Konsisten dengan set hamil Shaklee, saya merasakan keajaibannya. Walaupun hamil kembar, alahan saya beransur hilang, badan Cergas dan bertenaga.Doktor puji dan galakkan saya teruskan pengambilan set hamil Shaklee sepanjang mengandung. Saya bersalin kembar dengan mudah. 20 minit saja strong contraction. Syukur :)

Saya akhirnya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Nak beli harga murah sikit. Saya dimasukkan ke group coaching Dr. Normi, The Owesome Master. Oh!! Baru tahu Shaklee ni boleh buat duit. Bagus juga ya. Saya diperkenalkan dengan Master Farihah & Master Iffah Anuar dua susuk tubuh yang sangat memberi inspirasi.

Saya mula berkongsi apa yang saya consume dan apa yang saya rasa. Produknya, testimoninya, kehebatannya, semuanya tentang Shaklee. Bonus bulan pertama saya RM127. Itu je? Penat betul sharing. Tak apa lah. Bulan pertama. Okla jugak tu kan.

Saya teruskan bisnes Shaklee. Berkongsi sepenuh hati. Kelek anak kembar depan belakang pergi branch. COD barang bawa anak-anak. Berhenti tepi jalan untuk menyusu, tersesat cari jalan sampai berbuka puasa dalam kereta. Susah dan payah. Tapi saya sangat gembira kerana membayangkan semua orang akan Sihat dan cergas macam saya.

Saya rank up ke Supervisor dengan bonus RM1900. Wow! Mata terbeliak! Suami terkejut! Dan saya teruskan bisnes ini. Kembangkan group. Membesar dan membesar sehinggalah saya ke tangga sekarang :)

Tapi itu cerita dulu, sekarang  saya tersenarai sebagai pemegang income bulanan 5 angka. Pencapaian saya bukan sahaja memberikan kepuasan di hati saya, tapi memberi kebanggaan kepada suami, juga kehairanan kepada saudara mara.
Macamana dok di rumah, katanya Surirumah boleh beli kereta Hilux HD? Pelik. Inilah yang berlaku apabila saya berjaya keluarkan sebuah Hilux untuk kami. Bayar semuanya dengan bonus Shaklee
Saya mula memperbaiki kehidupan kami. Saya mula transform suami saya. Saya tempahkan baju cantik untuk suami dan belikan kasut mahal untuknya. Suami saya sebelum ini hanya pakai baju bundle saja untuk bekerja. Saya juga hadiahkan pakej anniversary istimewa untuk suami.
Semua yang saya hadiahkan kepada suami tidak terbanding dengan jasanya mempertaruhkan keselamatannya dan nyawanya kepada kami sejak duli. Tapi kini, suami saya dah kurang bekerja seperti dahulu, dia ada masa yang banyak untuk saya dan anak-anak. Inilah bisnes yang saya usahakan dengan penuh keyakinan dan kegigihan dulu. Kini telah menunjukkan hasil. Saya masih dalam perjalanan ke Master Coordinator tapi apa yang saya nikmati melalui Shaklee sangat banyak dan membahagiakan.

Pesan saya untuk semua yang ingin berjaya dan mengubah kehidupan :
💥Pastikan anda ada matlamat yang jelas
💥Jauhkan menjadi Golongan Jabariah (meletakkan kebergantungan kepada ALLAH tanpa usaha)
💥Kena ada Push Factor yang Kuat
💥Saling berkomunikasi dengan anak2 /suami/keluarga
💥Fikir apa orang lain akan dapat dengan bantuan kita 
💥Gunakan diri sendiri sebagai pembakar semangat. Bukan tunggu orang suap motivasi
💥Abaikan cakap orang
💥Belajar ilmu baru
-Marketing
-Branding
-Produk
💥Jangan pernah mengalah walaupun payah
💥Sentiasa perbaiki kelemahan diri dengan ALLAH.
💥Rajin ikut aktiviti Group/event Shaklee

Bisnes ini sangat sesuai untuk semua. Daripada yang berlapis-lapis ijazah, sehinggalah kepada saya yang hanya memiliki sijil SPM. Saya yakin dan percaya, apa pun background saya, saya pasti mampu ke Master Coordinator. Ianya bukan terlalu mudah tetapi tidak pernah mustahil. Saya tahu kelebihan saya, mengatasi kekurangan diri saya.
Lebih elok kita besarkan kelebihan diri, daripada  membesarkan kelemahan diri"




CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💖💖💖
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor

Share:  

0 comments:

Post a Comment