Sunday 15 April 2018

JENIS-JENIS PENYAKIT IBU HAMIL |LIFEBUDAK

Assalamualaikum.wbt

Dewasa ini, kita sering dengar pelbagai penyakit yang menjadi nightmare bila ibu mengandung.
jom ketahui serba sedikit tentang penyakit ibu hamil ini.
Di harap ibu-ibu dapat memahami permasalahan sepanjang menempuhi tempoh 9 bulan yang indah.

1. Anemia

Anemia adalah kekurangan jumlah sel darah merah atau hemoglobin dalam darah, atau kebolehan sel darah merah mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan kita. Apabila berlakunya Anemia dengan perlahan, simptomnya adalah selalu merasa penat, lemah dan susah untuk bernafas atau kurang mampu menjalankan senaman yang tertentu.

Apabila berlaku anemia dengan kadar yang segera, simptomnya adalah selalu berlaku kekeliruan, selalu tidak sedarkan diri atau terlalu haus. Kadang-kadang pesakit boleh kelihatan pucat dan tidak bermaya.


2. Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

GDM  adalah keadaan di mana wanita yang tiada diabetes menghasilkan kepekatan gula yang tinggi ketika proses kehamilan. GDM secara generalnya akan menghasilkan beberapa simptom seperti, risiko berlakunya pre-eclampsia, kemurungan dan memerlukan proses pembedahan jika anda ada GDM.

Risiko bayi yang lahir apabila ibu menghidap GDM adalah bayi yang lahir akan lebih besar dari bayi normal, menghidap kekurangan gula dalam darah dan jaundis. selain itu, bayi boleh menghadapi risiko kematian pada usia kandungan diantara 20 ke 28 minggu. Boleh menyebabkan keguguran di awal usia kandungan

3. Urinary Tract Infections (UTI)

UTI adalah penyakit yang dipengaruhi oleh bakteria di dalam saluran kencing. Sekiranya ianya tidak dirawat, UTI boleh  menyebabkan kerosakan pundi kencing dan buah pinggang.

Cara untuk mengawal Jangkitan saluran kencing;

a) Minum air 6-8 gelas sehari
b) Ambil vitamin C (250-500 mg), beta karotena (25,000 to 50,000 IU sehari) dan zink (30-50 mg sehari) untuk membantu melawan jangkitan.
c)





  • Mental Health Conditions. ...
  • Hypertension (High Blood Pressure) ..
  • Obesity and Weight Gain. ...
  • Hyperemesis Gravidarum.
Share:  

0 comments:

Post a Comment