Sunday 15 April 2018

MUDAHNYA MENYUSU SEORANG BAYI | LIFEBUDAK

Assalamualaikum.wbt.
Naluri keibuan seorang wanita akan mula terserlah apabila, kita disahkan positif di UPT. Keinginan mempunyai anak sendiri adalah satu anugerah yang tidak ternilai.
Ilham dari pencipta yang MAHA AGUNG, adakah kita bersedia menerima dan melaksanakan tanggungjawab yang telah dikurniakan itu???
Apabila kita mula menyimpan niat untuk mempunyai cahaya mata, wajarlah kita berniat untuk menyusukannya dengan susu ibu sehingga 2 tahun. Hal ini adalah kerana susu ibu ini sangat membentuk ikatan kasih sayang "love bonding" antara ibu dan anak.
Di sepanjang perjalanan menyusu itu adalah ibadah kita dengan pencipta. InsyAllah apabila kita niat untuk menyusukan bayi kita sendiri, segala perjuangan akan menjadi memori indah hidup kita.
Gambar di bawah menunjukkan BEZA NUTRISI SUSU IBU DENGAN SUSU FORMULA.
Apabila melihat perbezaan yang sungguh ketara dari segi khasiatnya. Wajarlah kita sebagai ibu berazam untuk memenuhi keperluan anak-anak.
Jadi chemun kongsikan sedikit keperluan buat ibu-ibu  HEBAT yang sedang berjuang dengan penyusuan susu ibu ini.

Misi menjayakan penyusuan susu ibu

1.Niat
Bagi ibu-ibu yang telah berazam untuk menyusukan anak dari anak pertama,  anda HEBAT kerana telah menyediakan minda anda untuk membuat persediaan dengan lebih awal.Tanamkan niat sebelum mendapatkan cahaya mata.

Buat ibu yang telah pun berpengalaman menyusukan bayi sebelum ini,  tapi tidak berjaya sehingga 2 tahun,  anda juga HEBAT kerana telah bersedia untuk melakukan perubahan. Berniatlah untuk memperbaiki kesilapan dahulu bagi menjayakan misi kali ini.
Buat ibu yang dahulunya tidak menyusukan bayi dengan susu ibu,  kali ini anda ingin menjayakan penyusuan susu ibu, anda tidak kurang HEBATnya. Niatlah semoga susu ibu cukup sehingga  2 tahun.

2.Doa
Seterusnya panjatkan Doa buat rabbul jalil kerana disetiap usaha ketentuannya dari Allah. Teruskan berdoa dan minta suami doakan bersama, semoga perjalanan penyusuan susu ibu lebih diredhai.

3.Ilmu
Gali sebanyak mungkin ilmu berkaitan susu ibu. Cari dan join breastfeeding peer group supaya kita mampu menjayakan penyusuan dengan lebih bersemangat dan konsisten. Di bawah saya kongsikan sedikit teknik menyimpan susu ibu di taska/ rumah pengasuh.

4.Sokongan
Minta suami memahami misi penyusuan susu ibu, kerana ini perjuangan bersama. Minta restu dan bantuan suami dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu. Ajak suami pergi talk/seminar menyusu dengan doa dia sama-sama membantu anda menguruskan bayi dan memberi bantuan dalam menjayakan misi anda

Di sini, chemun sertakan Cara penyimpanan susu ibu di rumah pengasuh/taska buat ibu berkerjaya.
Ibu haruslah meminta pengasuh simpankan untuk sehari penggunaan sahaja iaitu hanya letak kan di chiller. Jika dalam 1 hari tak habis, bawa balik.
Utk elakkan pembaziran dan dpt tau anak mnum byk mana sehari.

Gambar 1: sebelum bagi pengasuh esok, malam ni ibu perlu cairkan dgn cara letak kan di chiller. Esok pagi transfer masuk botol utk bagi pengasuh.

Gambar 2: susu yg diberi pengasuh dlm keadaan cair, mnta masukkan terus ke chiller. Jika nak guna, ambil susu yg dh siap diisi dlm botol, panaskan (merendam /guna alat pemanas).

Gambar 3: ilmu am pengendalian susu ibu.
Feel free to share. Semoga dapat manfaat bersama.

CHEMUN IN THE HOUSE.

SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN

Salam Sayang,💖💖💖
Your life is starting when u has been call as BUDAK.
Fb: Munirah Alias
Fb pages :Lifebudak
Instagram: Lifebudak
Call/SMS/ Whatsapp/Telegram: 0137524261
[ID : 1228967] Your Most Trusted Shaklee Independent Distributor
Share:  

0 comments:

Post a Comment